OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
05:59
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:17
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Sejarah Perkhidmatan Kapal Terbang Labu Kubong Chenderong Balai ke Ipoh

14 Oct 2019 · 1 min baca · 22 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Pada peringkat percubaan, para penumpang dikenakan tambang sebanyak $5.00 untuk perjalanan dari Labu Kubong ke Ipoh.

Dahulu, kerajaan Inggeris telah memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan udara terutama buat kampung-kampung yang terpencil. Ini kerana perkhidmatan udara merupakan akses paling mudah dan cepat berbanding kenderaan darat.

Dalam artikel kali ini OrangPerak akan menyentuh berkenaan satu perkhidmatan udara yang pernah diadakan dahulu di Perak namun kini sudah dilupakan sejarahnya itu. Pada tahun 1953, kerajaan Malaya melalui agensi RIDA (Rural & Industrial Development Authority) telah memperkenalkan satu skim baru iaitu untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara bagi Kampung Labu Kubong ke Ipoh. Idea yang datang dari Pegawai Pembangunan RIDA bagi negeri Perak iaitu Mr. E. K. Fish adalah bertujuan untuk memudahkan para petani yang menanam sayur di Labu Kubong menjual hasil tanaman mereka di Ipoh dalam keadaan yang masih segar.

Perkhidmatan ini telah bermula pada hari Isnin 7 Disember 1953 dengan penerbangan pertama dari Ipoh berlepas pada jam 10.10 pagi dan tiba di Kampung Labu Kubong pada jam 10.50 pagi. Pada peringkat percubaan, para penumpang dikenakan tambang sebanyak $5.00 untuk perjalanan dari Labu Kubong ke Ipoh. Perkhidmatan ini hanya disediakan seminggu sekali pada hari Isnin sahaja.

Setelah mendapat sambutan yang memberansangkan, perkhidmatan ini telah disambung ke Kampung Lambor. Tambang dari Labu Kubong ke Kampung Lambor hanya $4.00 sahaja. Perkhidmatan udara bagi laluan ini telah dioperasikan oleh syarikat Federal Air Service (FAS) dengan menggunakan kapal terbang jenis DHC-2 Beaver.

Tidak dapat dipastikan pada tahun bila perkhidmatan pengangkutan udara dari Kampung Labu Kubong, Lambor ke Ipoh ini ditamatkan. Dipercayai pada tahun 1959 apabila syarikat Federal Air Service diserap ke dalam Malayan Airways Limited (MAL) perkhidmatan ini tidak lagi diteruskan.

Bekas lapangan terbang kecil Labu Kubong dipercayai berada di tapak Sekolah Menengah Sultan Abdullah Chenderong Balai.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (1)

SYAHRIZA BIN ABDUL MAJID
11 Mar 2020 06:25
....ater, moh le kite....:-D

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.