OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Sejarah Paip Besar Di Gopeng

29 Jan 2017 · 2 min baca · 19 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Dahulunya, paip air yang besar sepanjang 15 km berfungsi untuk menyalurkan air bersih dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah dan penduduk setempat di sekitar Gopeng.

Perak yang dikatakan sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara sejak ratusan tahun dahulu sehinggalah ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti perlombongan cukup jelas sekali di Perak.

Termasuk monumen-monumen yang didirikan untuk memperingati kawasan perlombongan dahulu dan begitu juga di Gopeng. Dahulunya, paip air yang besar sepanjang 15 km berfungsi untuk menyalurkan air bersih dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah dan penduduk setempat di sekitar Gopeng. Monumen paip besar Gopeng telah dibina pada tahun 1908 untuk menjadi mercu tanda kegemilangan industri perlombongan timah di Gopeng. Paip air besar sepanjang 15km ini dahulunya berfungsi untuk menyalurkan air dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah di sekitar Gopeng dan juga sebagai bekalan air bersih untuk penduduk setempat. Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun. Lokasi paip ini amat mudah dikesan apabila anda melalui pekan Gopeng pada satu ketika dulu, tetapi kini apa yang tinggal hanya paip sepanjang 200 meter sahaja.

paip besar gopeng

Berdasarkan cerita lisan oleh Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British berpangkalan di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang. Dan menurut penduduk tempatan, ada yang mendakwa banyak saki baki batang paip besi itu sudah dipotong dan dijual oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab. Inilah sikap yang kita tidak mahu iaitu tiada kesedaran untuk menghargai nilai sejarah demi kepentingan diri sendiri. Paip air tersebut diuruskan oleh Syarikat Osborne and Chappell yang ditutup pada tahun 1994. Paip air besi yang besar itu disambungkan menggunakan pasak kayu sahaja. Bayangkan ukuran batang paip yang mempunyai garis pusat 48 inci, garis pusat 24 inci, jarak antara tiang pula adalah 600 meter. Antara kawasan yang mendapat manfaat daripada paip besar tersebut adalah Kampung Tersusun Gopeng, Taman Gopeng Baru, Lawan Kuda, Kopisan Baru, Kampung Sungai Itek dan Kampung Pintu Padang. Kini, banyak tanah-tanah lombong di Perak telah ditebus guna untuk projek perumahan, kampung tersusun, bangunan pejabat, sekolah dan jalan raya.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.