● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Sejarah Mukim Lekir Di Sitiawan

16 Apr 2019 · 1 min baca · 324 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kawasan Mukim Lekir dipercayai telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Ia dipercayai sebagai antara perkampungan paling awal yang wujud di Negeri Perak. Menurut cerita orang tua-tua di sini, Mukim Lekir mula diterokai sejak pada tahun 1798 yang diketuai Haji Ahmad Haji Laji atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Gandah di kalangan masyarakat setempat.

Mengikut legenda, nama Lekir berasal dari sejenis pokok bunga yang suatu ketika dahulu tumbuh melata di kawasan kampung. Lekir juga suatu ketika dahulu amat terkenal dengan keagungannya sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan di Dinding atau kini lebih dikenali dengan nama Manjung. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit kegiatan perdagangan dan pelabuhan berpindah ke kawasan

Tanah Merah yang kini dikenali sebagai Lumut

dan Simpang Empat,

Sitiawan

. Kemasyhuran pelabuhan daerah dinding beransur-ansur lenyap berikutan arus perubahan zaman.

pokok bunga lekir

Masjid Al-Rahmaniah, yang terletak di Batu 8 Lekir, Sitiawan adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir. Tinggalan sejarah yang masih terpahat di Lekir ini khususnya di kawasan perkarangan masjid masih ada Batu Asas Lekir. Ada juga catatan mengenangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan British 31 Ogos 1957.

batu tanda Sejarah Mukim Lekir Di Sitiawan
peta Mukim Lekir Di Sitiawan

Bangunan asal masjid ini runtuh ketika

banjir besar yang melanda Perak pada tahun 1926

. Kemudian, masjid baru telah dibina dan sehingga ke hari ini, masjid ini berperanan besar dalam urusan dakwah sekitar Lekir yang dikenali sebagai masjid tertua di Mukim Lekir. Kuliah agama sentiasa memenuhi ruang pengajian pada setiap malam bagi memenuhi tanggungjawab agama dan syiar Islam agar tuntutan Syariat Allah dapat dipenuhi oleh seluruh penduduk Mukim Lekir.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.