OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

29 Jun 2020 · 3 min baca · 38 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Raja Perempuan Che Ning adalah merupakan permaisuri kepada Raja Reman yang terakhir iaitu isteri kepada Tuan Jagong. Pasangan ini punyai 3 orang cahaya mata iaitu Tuan Menang, Tuan Bayan dan Tuan Lebeh.

Pada 20 Jun 2020 yang lalu, team orang Perak telah ke Pengkalan Hulu untuk melawat makam Raja Perempuan Che Ning yang merupakan permaisuri Negeri Reman yang terakhir dan berkesempatan melawat ke Istana Singgah Raja Reman di Kampung Selarung, Hulu Perak. Sebelum jatuhnya kerajaan negeri Reman, jajahan wilayah negeri Reman terbentang luas dari kawasan hulu sungai Patani dan Sungai Tanjung Mas sehinggalah ke kawasan Lenggong di negeri Perak. Raja Perempuan Che Ning adalah merupakan permaisuri kepada Raja Reman yang terakhir iaitu isteri kepada Tuan Jagong. Pasangan ini punyai 3 orang cahaya mata (2 lelaki dan 1 perempuan) iaitu yang sulung Tuan Menang (anak lelaki), kemudian Tuan Bayan (anak perempuan) dan yang bongsu bernama Tuan Lebeh (anak lelaki).

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Anak Raja Perempuan Che Ning yang bongsu iaitu Tuan Lebeh Long Raya adalah merupakan bakal raja pemerintah negeri Reman setelah kemangkatan kandanya iaitu Tuan Menang.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir
Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Kami cukup bertuah kerana dapat bertemu dengan waris Tuan Lebeh Long Raya sewaktu berada di Istana Singgah Tuan Lebeh Long Raya di Kampung Selarung untuk menceritakan serba sedikit maklumat berkenaan dengan Raja Reman.

Istana Singgah Raja Reman

Menurut penceritaan lisan daripada waris kepada team Orang Perak, Tuan Lebeh Long Raya iaitu anak bongsu kepada Raja Perempuan Che Ning telah dipanggil bermesyuarat di Bangkok dengan raja pemerintah Thailand untuk menyesaikan masalah pengasingan dan keluar negeri Reman daripada jajahan Siam.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir
Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Malangnya Tuan Lebeh Long Raya dikatakan telah dibunuh dan ditolak ke laut sewaktu dalam pelayaran ke destinasi yang ingin dituju. Keberangkatan Tuan Lebeh Long Raya sewaktu bertolak pergi itulah kali terakhir dilihat dan kemudian tidak pernah kembali lagi. Jasad Tuan Lebeh Long Raya tidak ditemui dan hilang begitu sahaja. Begitulah nasib bakal raja yang tidak bermakam dan hilang sehingga ke hari ini.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Makam Raja Perempuan Che Ning

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir
Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Menurut catatan N.A. Halim pula diceritakan bahawa Tuan Lebeh Long Raya telah ditangkap oleh raja pemerintah Thailand dalam tahun 1899 kerana dituduh bersubahat dengan Raja Patani yang bernama Tengku Abdul Kadir.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Tuduhan subahat itu adalah berkenaan dengan untuk mengasingkan negeri Patani dan negeri Reman dari jajahan pemerintah Thailand. Tuan Lebeh Long Raya dikatakan telah mangkat sewaktu dalam pelayaran ke Bangkok sebelum berdepan untuk menjalani hukuman penjara.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Suami kepada Raja Perempuan Che Ning iaitu Raja Reman Tuan Jagong pula telah mangkat beberapa minggu selepas puteranya dibawa ke Bangkok. Sejak peristiwa pahit yang melanda keluarganya itu, kesihatan Raja Perempuan Che Ning mula terjejas.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Setelah termeterainya Perjanjian Bangkok dalam tahun 1909, kesannya yang jelas adalah telah menamatkan konflik sempadan antara Reman dengan Perak dan sekaligus telah menamatkan Kesultanan Reman.

Makam Raja Perempuan Che Ning

Setelah 15 tahun peristiwa pahit itu berlalu, Raja Perempuan Che Ning kemudian mangkat dalam tahun 1915 di Kampung Selarung. Makam Raja Perempuan Che Ning terletak tinggi diatas bukit sejauh lebih kurang 150 meter dari jalan raya.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Makam Cucu Raja Perempuan Che Ning (Tuan Mat Bin Tuan Lebeh)

Lokasi makam ini telah dipagar dengan seluas 70 kaki x 70 kaki dan terdapat 8 kubur lain yang ada di sana terdiri daripada waris-waris dan keturunan Raja Perempuan Che Ning.

Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Makam Raja Perempuan Che Ning telah digazet pada tarikh 22 November 1979. Gazet No. P.U.(A)292 Daerah Hulu Perak, Mukim Kroh Lot No.769. Luasnya 20.2m x 20m. Rujukan Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK1 (2). Rujukan:

  • Tempat-Tempat Bersejarah Perak, N.A. Halim, 1981 - m/s 155
  • Temu bual waris-waris Tuan Lebeh di Istana Singgah, Kampung Selarung

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.