Raja Bomoh Pagar Malaysia Dari Korea Utara
Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan atau lebih dikenali dengan gelaran
Raja Bomoh Sedunia
kini kembali lagi dengan ritual memagar Malaysia daripada diserang oleh Korea Utara. Ibrahim bersama-sama dengan tiga orang pengikutnya dilihat berada di tepi sebuah pantai dengan membawa beberapa peralatan ritual seperti berupa buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh.
Apa yang beliau lakukan kali ini sekali lagi telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Dilaporkan bahawa ritual itu juga bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara. Ritual ini dilakukan bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar langkah awal bagi memastikan konflik itu dapat diselesaikan segera. Kami warga orangperak.com berharap anda dirumah tidak cuba aksi yang bakal dipaparkan dalam video dibawah dirumah.
Sepertimana yang anda tahu, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada 13 Februari 2017 yang lalu. Itulah yang meresahkan
Raja Bomoh Sedunia
ini dan upacara memagarkan Malaysia adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia. Jika anda berumur 18 tahun dibawah, sila tonton video dibawah bersama dengan ibu, bapa atau penjaga.
Raja Bomoh Sedunia
yang bernama Ibrahim Mat Zin tampil seperti biasa dengan memakai baju kot serta bertali leher dan bersongkok itu juga dilihat mengocak dan menepuk permukaan air laut dengan bersungguh-sungguh serta menyebut kalimah Allahuakbar berulang-ulang kali.