OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Pesawat Amerika Pernah Terhempas Di Beruas Pada 1945

26 Mar 2019 · 1 min baca · 22 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Dikatakan pesawat tersebut gagal dikesan dan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Melaka lagi. Seramai tiga orang telah terkorban dalam nahas itu dan dibiarkan di Gunung Bubu selama 70 tahun.

Pesawat Dakota C-47B (43-16261) milik Amerika Syarikat telah terhempas di Gunung Bubu, Beruas semasa melakukan penerbangan dari Singapura menuju ke lapangan Terbang Butterworth pada 27 November 1945.

Dikatakan pesawat tersebut gagal dikesan dan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Melaka lagi. Seramai tiga orang telah terkorban dalam nahas itu dan dibiarkan di Gunung Bubu selama 70 tahun.

op gangga

Sebenarnya, sejak 1966 lagi rangka pesawat yang terhempas itu telah ditemui melalui udara dengan kelihatan nombor siri pada bahagian ekor pesawat yang jelas menunjukkan 316261 serta lambang emblem Air Transport Command. Pada tahun 1995, lokasi nahas sekali lagi ditemui oleh pencari rotan dan wakil rasmi Muzium negara serta Muzium angkatan tentera ada menyatakan untuk lakukan tinjauan namun masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya.

op gangga
op gangga

Kementerian Pertahanan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, AS Defense POW/MIA Accounting Agency dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah bekerjasama dalam projek OP Gangga untuk mencari rangka pesawat tersebut serta mangsa nahas yang telah lama terbiar disana. Nama OP Gangga dipilih kerana kawasan Beruas terkenal dengan kewujudan kerajaan kuno pada kurun ke 2 yang bernama Gangga Negara.

mangsa nahas op gangga

Pada 2015, OP Gangga telah dijalankan dan berjaya menemui 3 rangka manusia yang dikenalpasti sebagai mangsa nahas terhempas tersebut. Tiga mangsa Pesawat Dakota C-47B iaitu, Juruterbang Judson B.Basket, penolong juruterbang William H.Myers dan juruaudio PFC Donald E.Jones. Rangka mangsa nahas ini dikatakan telah dibawa pulang oleh kerajaan Amerika Syarikat. Misi dan kerjasama ini tidak akan terhenti disini kerana masih ada lagi pesawat yang terhempas dan hilang di Malaysia dan Borneo yang masih belum dijumpai.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.