OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Pertempuran Kanang Di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput

07 Apr 2019 · 3 min baca · 7 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Melihat isi perut wira negara Pegawai Waran I iaitu Kanang Anak Langkau terburai kerana ditembak oleh pengganas komunis yang menyerang.

Melihat isi perut wira negara Pegawai Waran I iaitu Kanang Anak Langkau terburai kerana ditembak oleh pengganas komunis yang menyerang. Inilah pengalaman yang tidak mungkin akan boleh dilupakan oleh bekas anggota Tentera Darat daripada pasukan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD).

Artikel kali ini adalah penceritaan tentang kisah pertempuran yang berlaku di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput yang disebabkan oleh pengganas komunis pada tahun 1978. Pertempuran akibat daripada serang hendap berlaku ketika pasukan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) yang diketuai oleh Kanang (Sarjan pada masa itu) mengetuai satu pasukan menjejak dan mengesan musuh dalam Ops Setia Khas pada tahun 1978. Kejadian berlaku ketika pasukan yang mempunyai rekod cemerlang dalam operasi mengesan dan menjejak musuh itu sedang menuruni sebatang denai di sebuah bukit yang dikelilingi cerun curam di bahagian kiri dan kanannya di Tanah Hitam, Chemor. Ketika mereka yang lebih 30 orang dalam satu pasukan sedang mengikut jejak yang dijumpai di denai tersebut, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi satu letupan yang amat kuat dari arah belakang. Semua ahli pasukan terus tunduk rebah ketanah dan terus berpaling ke arah belakang dan alangkah terkejutnya mereka melihat salah seorang anggota dari pasukan mereka iaitu Koperal Salleh telah terpijak jerangkap samar sehingga terputus kakinya.

kanang

Tiba-tiba, mereka yang berada di kawasan terbuka terus dihujani peluru musuh dari pelbagai arah. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, ketua pasukan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) yang bernama Kanang Anak Langkau terkena tembakan sebanyak tiga das tembakan daripada musuh. Ketika kejadian itu berlaku, tidak boleh dibayangkan betapa ngerinya melihat darah yang membuak-buak keluar dari celahan urat perut ketuanya yang terburai.

kanang

Sebutir peluru yang datang dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dada pewira tersebut. Beberapa saat kemudian, dua lagi das tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya. Melihat kepada keadaan Kanang Anak Langkau yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, semua ahli pasukan sudah akur yang ketua mereka akan mati. Kanang Anak Langkau melumurkan garam di kawasan luka tembakan dan mengikat baju di abdomennya bagi mengelakkan ususnya terburai. Kanang kemudian terus menyuntik morfin di lengannya dan pada seorang lagi anggota yang kehilangan kaki akibat letupan jerangkap samar. Walaupun badannya sudah ditusuk tiga butir peluru dan menyebabkan perutnya hampir terburai, beliau masih gagah untuk bangun daripada rebah dan kembali berjuang sehingga lima anggota pengganas komunis mati ditangannya sendiri.

kanang

Akibat daripada 3 tembakan yang diterima oleh Kanang Anak Langkau, beliau terpaksa dirawat selama setahun di hospital. Itulah pengalaman yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh pasukan yang berkhidmat sebagai anggota Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) yang kini dikenali sebagai 8 RRD Para. Kanang Anak Langkau terselamat dan kembali pulih selepas dirawat akibat daripada pertempuran yang berlaku di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput.

kanang

Tiada dalam sejarah Malaysia, melainkan seorang perajurit seperti Kanang yang berkelahiran Sarawak telah dianugerahkan dua pingat keberanian negara iaitu pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan pingat Panglima Gagah Berani (PGB). Kanang meninggal dunia dalam usia 68 tahun pada 3 Januari 2013 akibat serangan jantung. Ingatlah akan perjuangan mereka ini wahai anak muda, jangan sesekali kita lupakan jasa mereka untuk mempertahankan negara!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.