Peristiwa yang berlaku pada 21 September 2017 sewaktu ketika umat Islam bakal menyambut Awal Muharram 1439H menggemparkan penduduk di sekitar negeri Perak terutamanya di daerah Manjung apabila gempar dengan penemuan dan tersebarnya gambar kalimah Allah di tapak kasut Hotel Mornington Sitiawan.
Berikutan dengan hal tersebut, pihak berwajib segera mengambil tindakan pantas untuk menyiasat perkara ini dan begitu juga dengan pihak pengurusan Hotel Mornington Sitiawan yang tampil memberi penjelasan untuk semua agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Tular di WhatsApp
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, berikut adalah petikan penjelasan oleh Mornington Hotel Group.
Kami di Mornington berusaha menjalankan organisasi dengan penuh keadilan, kejujuran dan penuh hormat. Mornington Hotel Group terasa dukacita dengan berita mengenai cetakan selipar hotel punya bahagian dalam. Kami amat kesal dengan perbuatan ini yang adalah satu ketidakhormatan terhadap orang Muslim dan mengucapkan maaf andainya terdapat pihak yang tersinggung.
Mornington Hotel Group meminta maaf dari hati kami. Kami sedang ambik tindakan yang sewajarnya untuk masalah yang malang ini dan terus pantau keadaan untuk memastikan undang undang dan piawai hotel diikuti oleh semua termasuk pembekal barangan agar memastikan keadaan ini tidak berulang.
Kami telah persoal pembekal selipar kami dan memberikan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak dan Kementerian Dalam Negeri agar memastikan keadaan ini tidak terjadi kepada hotel lain yang mungkin menjadi mangsa seterusnya.
Ini bukan soal undang-undang ini soal moral dan nilai manusia. Adalah biasa untuk hotel berurusan dengan pembekal seperti hotel hotel lain tetapi mungkin tidak terfikir akan berlaku kejadian sedemikian.
Pihak Mornington tidak menyokong sebarang perbuatan yang menghina agama orang dan tidak terima perbuatan sedemikian malah dari pembekal kami. Kami memaklumkan sini bukan kerana terpaksa tetapi merasakan sebahagian dari keasalahan adalah tanggungjawab kami.
Mornington tetap akan berkerja sama dengan JAIP dan KDN untuk siasat sepenuhnya kejadian ini. Di mana patut pihak Mornington akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan langkah yang betul diikuti agar semua agama dihormati.
Menguruskan hotel, mengekalkan dan menaik tarafnya adalah satu cabaran dan penuh risiko tetapi Mornington tidak dan tidak mungkin sekali membenarkan tindakan salah untuk jimat cost kami. Tidak juga akan kami cuba lari dari tanggungjawab kami dari khalayak ramai yang berhak mengetahui.
Diharap semua pihak untuk bertenang dan bersabar sehingga isu ini diselesaikan. Teruskan menyokong dan percaya kami. Terima kasih daripada Mornington Hotel Group.
Sumber Kenyataan dipetik dari Facebook Rasmi Mornington Hotel Group
Oleh yang demikian, pembaca setia orangperak.com dan orang ramai diminta agar bertenang dan memberi ruang untuk pihak yang berkenaan dan Mornington Hotel Group sendiri untuk menguruskan hal tersebut. Penjelasan yang diberikan oleh mereka amat baik dan diharapkan umat Islam dapat memahami keadaan mereka.