28.9 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Pengguna Jalan Raya Sekitar Ipoh Mohon Ibu Bapa Prihatin Anak Yang Kayuh Basikal

- Advertisement -
- Advertisement -

Lupakah anda akan insiden kereta merempuh kanak-kanak beramai-ramai yang kayuh basikal di Johor pada 18 Februari 2017 yang lalu? Jika anda lupa, ingin diingatkan bahawa lapan remaja yang berbasikal jam 3 pagi di Johor Bahru maut apabila terlibat dalam kemalangan yng membabitkan sebuah kenderaan melanggar lapan remaja berbasikal dari arah belakang hingga mati.

“Sangat bahaya, jikalau ada kemalangan pastilah ada yang mati tambahan pula melibatkan kanak-kanak. Mereka dalam lingkungan 7 ke 8 tahun sahaja”, itulah keluhan seorang pengguna jalan raya disekitar bandaraya Ipoh kepada orangperak.com yang mana beliau amat prihatin akan keselamatan anak-anak kecil yang mengayuh basikal di jalan raya utama.

Pengguna Jalan Raya Sekitar Ipoh Mohon Ibu Bapa Prihatin Anak Yang Kayuh Basikal

Teguran beliau harus diambil kira oleh semua ibu bapa agar lebih prihatin akan laluan anak-anak anda dan cara mereka berbasikal. Menurut pengadu lagi, beliau dapati bahawa anak-anak yang berbasikal di kawasan jalan raya utama tersebut kelihatan menikmati kelajuan menurun bukit di jalan raya utama di jalan Raja Musa Aziz yang berdekatan dengan Garden D.R Seenivasagam dan St. John Ambulance Hall.

Pengguna Jalan Raya Sekitar Ipoh Mohon Ibu Bapa Prihatin Anak Yang Kayuh Basikal

Kenderaan yang lalu lalang di kawasan jalan Raja Musa Aziz sememangnya memecut laju lebih kurang 80 kilometer sejam selepas turun bukit menuju ke arah bulatan yang terletak lebih kurang 400 meter sahaja. Bolehkah anda bayangkan apa yang bakal terjadi jika ada anak-anak yang terlibat dalam kemalangan dilanggar kenderaan yang sesak di kawasan tersebut?

Jadi, adalah amat wajar untuk semua pihak dan agensi yang berkaitan termasuk ibu bapa terutamanya mengawasi anak-anak mereka agar lebih prihatin supaya tragedi buruk terjadi bukan sahaja di jalan Raja Musa Aziz, malah di seluruh jalan-jalan raya serata negeri.

Pengguna Jalan Raya Sekitar Ipoh Mohon Ibu Bapa Prihatin Anak Yang Kayuh Basikal

Semua pengguna jalan raya tidak kira pemandu kenderaan ringan atau berat ataupun penunggang motosikal juga diminta agar tidak memandu laju di kawasan yang dilihat berpotensi besar untuk terjadinya kemalangan. Patuhlah undang-undang jalan raya dan pandulah dengan berhemah lantas sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Mohon sebarkan makluman dan peringatan dari pembaca orangperak.com ini kepada semua. Beringat-ingatlah sebelum perkara buruk terjadi dalam keluarga kita dan orang lain. Harapnya ibu bapa akan lebih prihatin dan masyarakat juga boleh sama-sama berganding bahu dalam mengelak dari terjadinya perkara buruk.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here