● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Fakta

Penerbangan Sulung Air Asia Dari Johor Bahru, Singapura Ke Ipoh

27 Jul 2018 · 2 min baca · 125 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Berita baik buat mereka yang tinggal di selatan semenanjung Malaysia dan warga Perak! Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia iaitu Air Asia Berhad bakal mengadakan penerbangan sulung untuk 2 laluan baru mereka ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak pada tarikh keramat 1 Oktober 2018 nanti.

Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu YB ADUN Simpang Pulai, Encik Tan Kar Hing ada menyatakan bahawa penerbangan ke Ipoh, Perak bakal diadakan sebanyak empat kali dalam seminggu yang mana ia melibatkan laluan penerbangan ke destinasi Johor Bahru - Ipoh - Johor Bahru. Buat laluan destinasi baru oleh penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak pula berkemungkinan bakal bermula pada tarikh 18 November 2018. Kedua-dua laluan penerbangan untuk destinasi ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit untuk laluan Johor Bahru ke Ipoh manakala laluan penerbangan untuk destinasi Singapura ke Ipoh, Perak pula selama 1 jam 10 minit.

Penerbangan Sulung Air Asia Dari Johor Bahru, Singapura Ke Ipoh

Jadual penerbangan untuk laluan Johor Bahru - Ipoh - Johor Bahru telah dijadual dan dirancang akan berlepas seawal pada pukul 7.30 pagi dan ketibaan pada jam 8.50 pagi. Dan untuk laluan penerbangan Ipoh - Johor Bahru pula dijadual berlepas pada jam 9.15 pagi dan akan tiba di destinasi pada jam 10.35 pagi yang mana ia mengambil masa perjalanan selama 1 jam 20 minit. Berkenaan dengan rancangan jadual perjalanan Singapura ke Ipoh, Perak pula akan berlepas seawal jam 9.10 pagi dan akan tiba di destinasi pada jam 10.20 pagi. untuk laluan destinasi Ipoh - Singapura pula adalah bakal berlepas pada jam 10.45 pagi dan akan tiba di Singapura pada jam 12.00 tengah hari yang mana ia mengambil masa selama 1 jam 10 minit.

Penerbangan Sulung Air Asia Dari Johor Bahru, Singapura Ke Ipoh

Penerbangan tambang murah Malaysia ini iaitu Air Asia akan menggunakan kapal terbang jenis A320 dengan kapasiti penumpang seramai 180 orang. Kerajaan negeri Perak amat mengalu-alukan penerbangan sulung ini kerana ia membantu dalam meningkatkan jumlah kedatang pelancong ke negeri Perak. Trivia :

  • orangperak.com juga adalah salah seorang ahli untuk Air Asia Blogger Community

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.