Penerbangan Sulung Air Asia Dari Johor Bahru, Singapura Ke Ipoh

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Berita baik buat mereka yang tinggal di selatan semenanjung Malaysia dan warga Perak! Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia iaitu Air Asia Berhad bakal mengadakan penerbangan sulung untuk 2 laluan baru mereka ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak pada tarikh keramat 1 Oktober 2018 nanti.

    Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu YB ADUN Simpang Pulai, Encik Tan Kar Hing ada menyatakan bahawa penerbangan ke Ipoh, Perak bakal diadakan sebanyak empat kali dalam seminggu yang mana ia melibatkan laluan penerbangan ke destinasi Johor Bahru – Ipoh – Johor Bahru.

    Buat laluan destinasi baru oleh penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak pula berkemungkinan bakal bermula pada tarikh 18 November 2018.

    Kedua-dua laluan penerbangan untuk destinasi ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit untuk laluan Johor Bahru ke Ipoh manakala laluan penerbangan untuk destinasi Singapura ke Ipoh, Perak pula selama 1 jam 10 minit.

    Penerbangan Sulung Air Asia Dari Johor Bahru, Singapura Ke Ipoh

    Jadual penerbangan untuk laluan Johor Bahru – Ipoh – Johor Bahru telah dijadual dan dirancang akan berlepas seawal pada pukul 7.30 pagi dan ketibaan pada jam 8.50 pagi. Dan untuk laluan penerbangan Ipoh – Johor Bahru pula dijadual berlepas pada jam 9.15 pagi dan akan tiba di destinasi pada jam 10.35 pagi yang mana ia mengambil masa perjalanan selama 1 jam 20 minit.

    Berkenaan dengan rancangan jadual perjalanan Singapura ke Ipoh, Perak pula akan berlepas seawal jam 9.10 pagi dan akan tiba di destinasi pada jam 10.20 pagi. untuk laluan destinasi Ipoh – Singapura pula adalah bakal berlepas pada jam 10.45 pagi dan akan tiba di Singapura pada jam 12.00 tengah hari yang mana ia mengambil masa selama 1 jam 10 minit.

    Penerbangan Sulung Air Asia Dari Johor Bahru, Singapura Ke Ipoh

    Penerbangan tambang murah Malaysia ini iaitu Air Asia akan menggunakan kapal terbang jenis A320 dengan kapasiti penumpang seramai 180 orang. Kerajaan negeri Perak amat mengalu-alukan penerbangan sulung ini kerana ia membantu dalam meningkatkan jumlah kedatang pelancong ke negeri Perak.

    Trivia :

    • orangperak.com juga adalah salah seorang ahli untuk Air Asia Blogger Community
    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.