OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Berita

Penerbangan Ipoh Medan Bakal Diadakan Semula

09 Mar 2018 · 1 min baca · 48 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Perkhidmatan penerbangan antara Medan ke Ipoh oleh Malindo Air akan bermula pada 16 Mac 2018 di Lapa­ngan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

Syarikat tambang murah iaitu Malindo Air bakal menyambung semula perkhidmatan penerbangan antara Medan ke Ipoh yang telah dihentikan sejak 2015. Penyambungan perkhidmatan penerbangan antara dua lokasi ini dilihat bakal merancakkan lagi aktiviti pelancongan di negeri Perak dan Medan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, perkhidmatan penerbangan antara Medan ke Ipoh oleh Malindo Air akan bermula pada 16 Mac 2018 di Lapa­ngan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS). Melalui perkhidmatan tersebut, ia membolehkan rakyat di kedua-dua belah negara dapat menggunakan penerbangan terus di ke­dua-dua destinasi. Ini adalah antara salah satu strategi kerajaan negeri untuk memperkenalkan destinasi menarik bagi menarik dan menambah nilai dalam industri pelancongan dalam nege­ri Perak. Hal ini secara tidak langsung bakal menjadikan negeri Perak sebagai tumpuan pelancong dari rantau Asia.

Penerbangan Ipoh Medan Bakal Diadakan Semula

Sehingga ke hari ini, Lapa­ngan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) telah menyediakan perkhidmatan penerbangan Ipoh - Singapura, Si­ngapura - Ipoh, Ipoh - Johor Bahru dan sebaliknya. Untuk masa yang akan datang, kerajaan negeri juga berhasrat dan berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan penerbangan ke selatan China khususnya bagi tempoh penerbangan sekitar tiga jam.

Penerbangan Ipoh Medan Bakal Diadakan Semula

Inilah merupakan antara usaha berterusan kerajaan negeri untuk menarik pelancong ke negeri Perak. Banyak manfaat yang boleh kita semua dapati dengan perkhidmatan penerbangan yang bakal disambung oleh Malindo Air ini.

Penerbangan Ipoh Medan Bakal Diadakan Semula

Menurut laman web Malindo Air, penerbangan pertama dari Ipoh ke Medan telah dijadualkan pada tarikh 16 Mac 2018 pada jam 10.05 pagi manakala penerbangan dari Ipoh ke Medan pula pada hari yang sama pada jam 11.20 pagi (waktu Medan). Tawaran untuk perkhidmatan penerbangan laluan ini sebenarnya memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang di Perak. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan perkhidmatan laluan penerbangan yang ditunggu-tunggu ini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.