Warisan adalah satu perkara daripada generasi terdahulu yang tidak mungkin akan datang kembali dan ianya perlu dipertahankan untuk generasi kita semua yang akan datang. Ia adalah lumrah buat manusia untuk mempertahankan satu perkara yang berharga dan bernilai dalam hidup mereka.
Jika anda ada perasaan sayang akan warisan yang hanya tinggal beberapa cebis dalam negara, pasti anda seorang yang istimewa dan ada nilai murni iaitu asas jiwa sebagai seorang manusia dan tidak hanya tamak dan memikirkan kepentingan tertentu.
Namun, sudah menjadi lumrah buat manusia yang sentiasa ghairah untuk menjalankan pembangunan dan meningkatkan ekonomi supaya dapat faedah-faedah dan kepentingan peribadi. Inilah kenyataan yang harus kita semua terima dan mana-mana lokasi yang boleh diangkat sebagai warisan negara terpaksa berdepan.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com sedar tak sedar, kawasan Green Ridge atau lebih dikenali dengan nama Battle of Kampar (Pertempuran Kampar) juga hadapi situasi yang sama dimana ia sedang dilanda krisis kemusnahan dengan pembangunan kawasan perumahan.
Dipendekkan cerita, kawasan bersejarah ini bakal lenyap dan akan dijadikan kawasan penempatan dan pembangunan sikit hari lagi. Apa yang berlaku dalam hal kawasan Green Ridge atau lebih dikenali dengan nama Battle of Kampar (Pertempuran Kampar) ini adalah pemilik tanah cuba membangunkan tapak sejarah tersebut sebagai kawasan penempatan perumahan.
Rancangan pembinaan di Green Ridge
Harapnya apa juga permohonan untuk pembangunan yang dihantarkan kepada jabatan atau agensi kerajaan tidak akan diluluskan sama sekali walaupun status tanah kawasan Green Ridge atau lebih dikenali dengan nama Battle of Kampar (Pertempuran Kampar) itu adalah hak milik persendirian.
Program penerangan bersama pelajar sekolah Kampar
Sikap masyarakat kita hari ini juga menjadi salah satu faktor utama kerana langsung tidak mementingkan kawasan bersejarah. Tidak kira daripada pihak kerajaan dan swasta bermula dari pekerja bawahan sehinggalah ke pegawai atasan untuk sebuah agensi atau jabatan langsung tidak serius dan hanya sambil lewa dalam mempertahankan nasib kawasan Green Ridge.
Program bersama pihak muzium tentera darat dan kelab peminat sejarah militer
Jika sistem perundangan pemilikan tanah menjadi isu utama, ia nampaknya adalah satu kelemahan pihak berkuasa tempatan yang mana langsung tidak peka dengan kepentingan kawasan sejarah. Jadi, adalah lebih baik untuk buat cadangan untuk meminda semula supaya perkara seperti ini tidak terjadi di kawasan sejarah yang lain. Tapi mustahil sistem ini menjadi isu utama.
Jika pembangunan boleh mewujudkan pertumbuhan ekonomi, tidakkah anda terfikir yang pemuliharaan warisan juga dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi? Tambahan pula dapat meningkatkan lagi pertumbuhan dalam sektor pelancongan dan pendidikan. Apa yang penting, tujuan dan matlamat dalam menjaga warisan sejarah negara tercapai.
Program dengan Menteri Perlancongan
Sejujurnya, hal seperti ini bukanlah berlaku pada kawasan pertempuran Kampar sahaja. Ramai ahli perniagaan yang kaya raya amat tamak dan langsung tidak memikirkan kawasan bersejarah yang tidak menguntungkan pihak mereka. Terimalah hakikat ini walaupun ia menyedihkan.
Akhir sekali, mohon sokongan daripada anda semua pembaca agar dapat kongsikan artikel ini supaya ramai lagi yang akan tahu apa yang sedang berlaku di kawasan Green Ridge yang penuh dengan sejarah. Sekurang-kurangnya, inilah perjuangan yang kita mampu untuk lakukan demi mempertahankan nasib kawasan Green Ridge.
Ikuti laman facebook Kempen Selamatkan Green Ridge Kampar untuk maklumat terbaru dan baca kisah Kisah Pertempuran British Dan Jepun Di Kampar (1941 -1942).