OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Pelajar Tingkatan Enam Didenda RM5,000 Hina Sultan Perak

19 Oct 2017 · 1 min baca · 11 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Seorang pelajar tingkatan enam dikenakan denda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh dengan kenyataan muat naik status menghina Sultan Perak di laman twitter peribadinya yang buatkan orang ramai marah.

Seorang pelajar tingkatan enam dikenakan denda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh dengan kenyataan muat naik status menghina Sultan Perak di laman twitter peribadinya yang buatkan orang ramai marah.

Pelajar tersebut boleh dikenakan penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar hukuman denda yang dikenakan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh menghantar komen jelek dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pelajar Tingkatan Enam Didenda RM5,000 Hina Sultan Perak

Tertuduh juga ada diminta oleh majistert untuk membacakan Rukun Negara kemudian pelajar tersebut diberi penerangan tentang Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Kesopanan dan Kesusilaan adalah elemen yang paling penting untuk membentuk jati diri sesorang individu.

Pelajar Tingkatan Enam Didenda RM5,000 Hina Sultan Perak

Apa yang kita dapat lihat hari ini, kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat kita semakin menipis. Berkemungkinan, faktor-faktor seperti kurang pendidikan agama, khas dan juga tidak ambil kisah akan undang-undang membuatkan seseorang individu itu bertindak tanpa berfikir seperti pelajar tersebut.

rukun negara

Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada semua orang agar menjaga adab, penggunaan bahasa yang manis dan bertapis bukan sahaja di laman media sosial, malah penggunaan sepanjang masa kita berdepan dengan orang ramai tidak kira pangkat, darjat dan juga umur.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.