OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Pak Belang Masuk Perangkap Di Sungai Siput

30 May 2025 · 1 min baca · 12 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Pak Belang Masuk Perangkap Di Sungai Siput Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor harimau di Kampung Perlop 1 di sini, semalam. Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, harimau jantan seberat 90 kilogram dan berusia kira-kira dua tahu

Pak Belang Masuk Perangkap Di Sungai Siput

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor harimau di Kampung Perlop 1 di sini, semalam.

Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, harimau jantan seberat 90 kilogram dan berusia kira-kira dua tahun itu berjaya masuk ke dalam perangkap yang dipasang kira-kira 700 meter dari kawasan penempatan kampung pada jam 3 pagi.

"Seorang penduduk kampung telah menghubungi kami sekitar jam 8 pagi untuk memaklumkan bahawa harimau tersebut telah terperangkap.

"Dengan kejayaan ini, kebimbangan penduduk setempat dapat dikurangkan, sekaligus membolehkan mereka kembali menjalankan aktiviti harian dengan lebih tenang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, penduduk Kampung Perlop 1 dan kawasan sekitarnya hidup dalam kebimbangan setelah harimau tersebut dilihat berkeliaran di kawasan itu sejak awal tahun lalu dan dilaporkan menyerang haiwan ternakan penduduk.

Harimau Akan Dihantar ke Pusat Penyelamatan Hidupan Liar

Yusoff memberitahu, harimau tersebut berada dalam keadaan sihat dan akan dipindahkan ke Pusat Penyelamatan Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk dijadikan baka pembiakan bagi menangani risiko kepupusan populasi harimau di negara ini.

"Perhilitan tidak menolak kemungkinan adanya harimau lain di kawasan berhampiran, termasuk di Hutan Simpan Korbu. Ancaman serangan mungkin berulang memandangkan kedudukan kampung yang berdekatan dengan hutan, selain tabiat semula jadi harimau yang menjelajah jauh untuk mencari makanan," jelasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama penduduk kampung yang membantu usaha menangkap harimau tersebut, yang dilaporkan telah memakan sembilan ekor haiwan ternakan penduduk sejak awal tahun lalu.

Rujukan :

  1. Bernama, 29 Mei 2025

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.