OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Nostalgia Pertandingan Ratu Cantik Di Perak

15 May 2017 · 2 min baca · 56 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Wakil ratu cantik yang menjuarai peringkat daerah di Perak akan mewakili negeri Perak untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik di peringkat negeri yang ada di Malaysia.

Apalah hiburan yang ada selepas kemerdekaan Malaysia? Tidak banyak kemudahan untuk hiburan yang ada pada zaman itu dan penekanan terhadap agama Islam masih lagi lemah serta kebanyakan masyarakat kita pada waktu itu akan mudah gemarkan aktiviti yang boleh membuatkan orang ramai berkumpul di satu tempat dalam satu masa yang sama.

Antara contoh yang paling baik yang mungkin akan menimbulkan rasa nostalgia buat mereka yang berumur dalam lingkungan 40an keatas adalah pertandingan Ratu Cantik di Perak. Untuk makluman anda, pertandingan ratu cantik di Perak dijalankan dengan pelbagai peringkat untuk tapisan dalam mendapatkan mereka yang tercantik dan terbaik. Antara peringkat tapisan yang dimaksudkan adalah bermula dengan pada peringkat pekan-pekan dan juaranya akan mewakili dan memasuki pada peringkat daerah-daerah yang ada di dalam negeri Perak pula. Wakil ratu cantik yang menjuarai peringkat daerah di Perak akan mewakili negeri Perak untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik di peringkat negeri yang ada di Malaysia pula. Rutin pertandingan ratu cantik di Perak ini berjalan hampir setiap tahun dan mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminat terutamanya remaja lelaki. Berlaku juga beberapa kali kontroversi dimana cuma sedikit sahaja peserta yang bertanding untuk mendapatkan anugerah ratu cantik di negeri Perak. Hal ini berpunca dari khabar angin yang menyatakan bahawa setiap peserta ratu cantik harus memperagakan pakaian tanpa memakai baju dalam.

Nostalgia Pertandingan Ratu Cantik Di Perak

Kali terakhir seorang wanita beragama Islam yang terlibat dalam pertandingan ratu cantik ialah seorang penyanyi dan pelakon popular yang bernama Erra Fazira. Beliau telah mendapat gelaran Miss Malaysia pada tahun 1992 dan itulah kali terakhir gadis beragama Islam diterima masuk ke dalam pertandingan Ratu Cantik ini. Hari ini, pertandingan ratu cantik di Perak tidak lagi gah seperti dahulu kerana menghormati undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam. Tercetus juga kontroversi yang mana ada yang mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan orang islam dalam pertandingan ratu cantik kerana mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama dan ada yang cuba membeza-bezakan dengan sukan renang dan gimnastik yang menampakkan tubuh badan. Itulah dia masyarakat kita, orang lain yang lebih berat dengan soal agama berbanding dengan diri sendiri. Namun, kemegahan pertandingan ratu cantik Di Perak kini kekal menjadi sejarah.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.