● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Fakta

Ngah Ibrahim Dibawa Pulang Selepas 129 Tahun Dibuang Negeri

19 Jan 2019 · 1 min baca · 329 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Dua pahlawan Melayu yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British dalam Perang Perak pada tahun 1891 yang dikebumikan di Singapura setelah dijatuhi hukuman dibuang negeri telah dibawa pulang ke Perak pada 9 September 2006 yang lalu.

Mereka adalah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin. Jenazah Ngah Ibrahim telah dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim yang terletak berhampiran dengan Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin telah disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan. Kedua-dua jenazah pahlawan Perak dari Singapura telah dibawa pulang dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan usaha membawa balik jenazah kedua-dua pahlawan itu telah disusun dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara dan beberapa badan sejarah termasuk kerajaan negeri Perak.

ngah ibrahim

Kubur pahlawan Ngah Ibrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin digali semula dan kedua-dua jenazah telah dimasukkan ke dalam dua keranda berasingan yang ditutup dengan Jalur Gemilang dan bendera Perak serta diberikan penghormatan pengebumian semula dengan penuh istiadat.

ngah ibrahim

Siapakah sebenarnya Ngah Ibrahim? Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin bersama Datuk Maharajalela, Pandak Endut, Sipuntum dan ramai lagi pahlawan Melayu Perak ketika itu berganding bahu menentang penjajahan British. Ekoran dari pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang negeri ke Pulau Seychelles pada 1877 dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke Perak pada 9 September 2006.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.