OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Pelancongan

Mini Amazon Malaysia Ada Di Kampung Beng, Perak

05 Jan 2019 · 2 min baca · 20 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Inginkan pengalaman dan nikmati suasana persekitaran seperti di sungai Amazon, Amerika Selatan? Jangan anda tidak tahu, Perak juga punyai sungai Amazon yang tersendiri dan ianya tidak kurang hebatnya seperti Sungai Amazon yang dikagumi pelusuk dunia.

Inginkan pengalaman dan nikmati suasana persekitaran seperti di sungai Amazon, Amerika Selatan? Jangan anda tidak tahu, Perak juga punyai sungai Amazon yang tersendiri dan ianya tidak kurang hebatnya seperti Sungai Amazon yang dikagumi pelusuk dunia.

Sungai Amazon di negeri Perak ini lebih dikenali dengan nama gelaran Mini Amazon Malaysia dan lokasinya terletak di Kampung Beng, Lenggong. Tahukah anda atau pernahkah anda dengar dengan nama Kampung Beng? Sebenarnya, Kampung Beng cukup terkenal pada satu ketika dahulu kerana ianya seringkali dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem barat.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Filem Anna and The King

adalah antara filem yang punyai beberapa babak lakonan di kawasan Kampung Beng. Terdapat juga beberapa pengambaran filem lain dan iklan dari dalam dan luar negara yang cukup gemar menjadikan lokasi ini sebagai tempat set lokasi pengambaran mereka.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Kampung Beng terletak di Sungai Chenderoh yang sejauh kira-kira 23 kilometer dari bandar Lenggong. Mini Amazon Malaysia ini menawarkan cabaran yang lebih kurang sama dengan keadaan di Sungai Amazon.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Buat pemancing tegar, inilah lubuk memancing yang paling sesuai buat anda. Rata-rata mereka yang kaki joran katakan bahawa disinilah pemuas nafsu dan syurga buat hobi mereka. Lokasi Mini Amazon Malaysia ini adalah lubuk buat ikan jenis Peacock Bass, ikan haruan dan ikan sebarau. Usah risau, tiada ikan phirana yang ada di sungai Mini Amazon Malaysia ini.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Ada dua cara untuk sampai ke Kampung Beng. Cara yang pertama, pengunjung boleh kesana dengan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Durian untuk menyusuri laluan sungai dan tasik.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Manakalan, cara yang kedua anda boleh ikut jalan darat dengan memandu kenderaan anda sendiri. Jalan darat lebih lama dan jauh dari cara pertama kerana jalannya yang bengkang-bengkok.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pengunjung boleh menginap di homestay yang ada di Kampung Beng. Jika anda sampai di sana, cuba ambil peluang untuk bermalam disana dan percayalah, ia akan memberikan pengalaman baru buat mereka yang tinggal di kota dan bandaraya. Terdapat banyak homestay Kampung Beng yang boleh didapati di persisiran Tasik Chenderoh.

Mini Amazon Malaysia Di Kampung Beng

Percaya atau tidak, ramai pelancong asing rata-rata dari Singapura, Jepun, Korea, China dan banyak lagi yang kerap datang ke Kampung Beng untuk bercuti dan wajarkah kita yang berada di dalam negara kita sendiri untuk tidak ambil tahu dan tidak datang melancong kemari? Moh ke Kampung Beng dan rasai sendiri Mini Amazon Malaysia ini!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.