OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
05:00:00
Syuruk
06:08:00
Zohor
12:15:00
Asar
15:18:00
Maghrib
18:19:00
Isyak
19:28:00
Berita

Menteri Besar Perak Kejar Pencuri Kabel

28 Jan 2017 · 1 min baca · 10 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Menurut menteri besar Perak, beliau rasa berang dengan tindakan pencuri kabel telefon dan beliau sendiri telah mengejar 2 orang pencuri tersebut bersama-sama dengan pengawal.

Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak telah memuat naik sekeping gambar di twitter beliau berkenaan dengan seorang pekerja kontraktor TM yang sedang membetulkan serta membuat sambungan semula terhadap kabel telefon yang telah dicuri pada pagi semalam bertarikh 27 Januari 2017.

twitter mb perak

Menurut menteri besar Perak, beliau rasa berang dengan tindakan pencuri kabel telefon dan beliau sendiri telah mengejar 2 orang pencuri tersebut bersama-sama dengan pengawal. Beliau telah memuat naik tweet berikut ke twitter rasmi beliau, "Kecurian kabel telekomunikasi adalah suatu yg serius. Pagi tadi saya & pengawal mengejar dua pelaku. Pekerja terpaksa memasang semula." Selang beberapa minit, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir telah memuat naik tweet kedua beliau berkenaan dengan hal tersebut dan memandang serius terhadap kes curi kabel telefon ini di Manjung. Menurutnya lagi, ada maklumat yang menyatakan bahawa ada tempat yang menawarkan belian terhadap hasil curi yang mendorong pencuri terus mencuri kabel telefon ini. Beliau turut menggesa polis untuk siasat dan pandang berat terhadap hal ini.

twitter mb perak

Anda boleh ikuti perkembangan Menteri Besar Perak di twitter @ZambryOfficial . Jika anda ada info, maklumat, cerita, aduan untuk dikongsikan bersama, anda boleh terus hantarkan mesej melalui whatsapp kami di talian 014 605 0005. Usah risau kerana butiran anda akan dirahsiakan sepenuhnya bergantung pada permintaan anda. Inilah cara untuk anda lontarkan info yang tidak dapat sambutan, kami bantu anda untuk kongsikan pada umum.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.