OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Hiburan

Rentak Merdeka, Lagu Baru Ayahanda Abdul Rani Kulup

24 Aug 2017 · 1 min baca · 59 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Baru-baru ini, demi untuk mebangkitkan semangat kemerdekaan dengan penuh patriotik, ayahanda Abdul Rani Bin Kulup Abdullah hadir dengan sebuah lagu baru yang bertajuk Rentak Merdeka hasil dendangan bersama-sama dengan Zack Rockstar.

Siapa yang tak kenal dengan Raja Report Polis di Malaysia ini? Ayahanda Abdul Rani Bin Kulup Abdullah merupakan seorang pesara tentera yang dilahirkan pada 10 Mac 1955 dan juga merupakan anak kelahiran negeri Perak yang berasal dari Sayong.

Beliau cukup terkenal dengan gelaran Raja Report Polis kerana beliau merupakan orang yang paling banyak iaitu melebihi 1,000 laporan polis yang dibuat olehnya di dalam Malaysia ini. Penggunaan #kipidap yang kian menular di media sosial juga adalah berasal daripada sebutan keep it up daripada beliau yang bersahaja.

Ayahanda Abdul Rani Bin Kulup Abdullah pembaca setia orangperak.com

Ayahanda Abdul Rani Bin Kulup Abdullah pembaca setia orangperak.com

Baru-baru ini, demi untuk mebangkitkan semangat kemerdekaan dengan penuh patriotik, ayahanda Abdul Rani Bin Kulup Abdullah hadir dengan sebuah lagu baru yang bertajuk Rentak Merdeka hasil dendangan bersama-sama dengan Zack Rockstar. Sejak 40 tahun yang lalu, irama 60 an bukan sahaja tidak luput ditelan zaman, malah masih ada di kalangan pemuzik masakini yang yakin dengan kekuatan konsep muzik tersebut.

Sometimes Group

Kumpulan Sometimes Group

Tak ramai yang tahu, disebalik muka garang bekas pejuang yang juga merupakan anak kelahiran Sayong, Kuala Kangsar ini juga merupakan salah seorang anggota kumpulan muzik tanah air yang dikenali dengan nama "Sometimes Group" dengan album sulung mereka berjudul Tutup Pintu Tapi Tak Berkunci.

ARKA Feat Zack Rockstar - Rentak Merdeka

Menurut ayahanda Abdul Rani Bin Kulup Abdullah, lagu barunya yang bertajuk Rentak Merdeka ini akan dipersembahkan sewaktu

Program penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM)

di Pasir Salak Eco Resort pada 15 September 2017 ke 16 September 2017 nanti. Ayuh datang beramai-ramai!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.