● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Kubu Belanda Yang Hilang Di Pangkalan Halban

05 Feb 2017 · 1 min baca · 154 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Ramai daripada kita yang tahu akan kewujudan kubu Belanda di Pulau Pangkor dan pengkalan perdagangan Belanda di muara Sungai Dinding. Namun tidak ramai yang tahu dengan kewujudan kubu dan pengkalan Belanda yang ada di Pangkalan Halban, Tanjung Putus yang kedudukannya terletak di muara Sungai Kinta. Namun, ia telah hilang ditelan masa mengikut peredaran zaman kerana dibiarkan begitu sahaja.

Pada tahun 1747, Sultan Perak Sultan Muzaffar Shah 3 telah menandatangani perjanjian untuk membenarkan pihak Belanda memonopoli penjualan bijih timah dan membina loji dan kubu baharu di Pengkalan Halban, Tanjung Putus bagi menggantikan kubu Belanda di Sungai Dinding. Kubu Belanda di Pengkalan Halban ini siap dibina pada tahun 1748 dan mempunyai kekuatan seramai 50 orang tentera dengan dilengkapi beberapa pucuk meriam.

peta kubu belanda Pangkalan Halban

Ibu negeri Perak ketika itu berada di Pulau Indera Sakti dan pengkalan Belanda tersebut dibina disebelah kanan tebing Sungai Perak bersebelahan dengan Pulau Indera Sakti. Setelah Melaka diserahkan kepada British melalui surat Kew pada 1795, Lord Camelford dan Leftenan Macalister berserta angkatan dari British Royal Navy mengepung Pengkalan Halban dan akhirnya pegawai Belanda di Kubu Pengkalan Halban yang bernama Christoffel Macalister menyerahkan kubu dan loji tersebut kepada pihak British.

kubu belanda pangkor

Pada 1880 Supritendan British Hilir Perak mengarahkan kubu tersebut dimusnahkan dan besi serta batu bata dari kubu tersebut digunakan untuk tujuan pembinaan Telok Anson Town iaitu sekarang dikenali dengan Pekan Teluk Intan. Pangkalan Halban, Tanjung Putus terletak di muara Sungai Kinta yang bertemu dengan Sungai Perak. Kedudukan kawasan tersebut berada ditengah-tengah antara Teluk Intan, Kampung Gajah dan tempat ini beserta Pulau Indera Sakti tidak lagi berpenghuni. Makam Sultan Perak ke 15 Sultan Iskandar Zulkarnain ada di Pulau Indera Sakti tersebut. Kemaskini Terbaru : Baca

Kota Belanda Yang Hilang Di Teluk Intan Telah Ditemui

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.