● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:10
Asar
16:19
Maghrib
19:12
Isyak
20:21
Sejarah

Kisah Hitam Disebalik Monumen Puncak Bukit Sungai Siput

08 Jan 2019 · 1 min baca · 92 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Siapa sangka disebalik monumen yang didirikan di puncak bukit Ladang Sungai Siput oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini sebenarnya untuk memperingati kisah hitam yang tersimpan dan ianya semakin dilupakan oleh generasi kita pada hari ini.

Kisahnya peristiwa hitam tersebit berlaku di kawasan Sungai Siput apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com,, hal ini adalah berikutan dengan terjadinya peristiwa terkorbannya tiga peladang yang berbangsa Inggeris oleh pengganas komunis di Ladang Elphil dan Ladang Phin Soon pada 16 Jun 1948. Pada zaman kegelapan sewaktu pengganas komunis menggila di Tanah Melayu, jangan anda tidak tahu bahawa hutan tebal di sekitar Sungai Siput itu antara merupakan kubu terkuat pengganas komunis dan amat digeruni.

Kisah Hitam Disebalik Monumen Puncak Bukit Sungai Siput

Berbalik kepada penceritaan tentang kisah kenapa monumen didirikan di puncah Ladang Sungai Siput ini adalah apabila pengurus Ladang Elphil iaitu Arthur E. Walker yang berumur 50 tahun telah ditembak dari jarak dekat oleh tiga pengganas komunis setelah menceroboh pejabat pengurus ladang berkenaan.

Kisah Hitam Disebalik Monumen Puncak Bukit Sungai Siput

Jangan anda tidak tahu bahawa ladang Elphil pada waktu itu adalah merupakan salah sebuah ladang getah yang paling besar milik syarikat Inggeris di Tanah Melayu. Jadi, apa sahaja perkara buruk yang melibatkan ladang ini akan tersebar beritanya diseluruh Tanah Melayu dengan cepat.

John Munt Allison

John Munt Allison

Pasukan pengganas komunis datang dengan seramai 12 orang kemudian menyerbu pula ke Ladang Phin Soon dan mengikat pengurus ladang tersebut iaitu John Munt Allison yang berumur 55 tahun serta pembantunya bernama Ian Deare Christian yang berumur 21 tahun.

Kisah Hitam Disebalik Monumen Puncak Bukit Sungai Siput

Kedua-duanya ditembak dan insiden ini telah menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu iaitu Sir Edward Gent terus mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di Perak dan Johor sebelum diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu selepas dua hari kemudian.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.