OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Isu Tepung Gandum Ada Peluntur Kembali Di Awal 2017

15 Jan 2017 · 1 min baca · 12 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan. Kementerian Kesihatan akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

Baru-baru ini kecoh dikatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan. Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

tepung ada racun

Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan sekiranya tepung tersebut didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut dengan tanpa budi bicara. Adalah menjadi satu kesalahan undang-undang jika menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna dalam memproses tepung. Sekiranya ditangkap dan terbukti melanggar undang-undang ini, tindakan dari segi perundangan akan dijalankan terhadap organisasi dan individu yang terlibat termasuk tarik balik penjualan, dan menghentikan operasi dengan serta-merta.

racun dalam tepung

Perkara sebigini secara tidak lansung sebenarnya adalah seakan-akan isu yang sama dibangkitkan kembali atau berulang kembali dan tidak pernah selesai sejak dahulu lagi. Macam-macam kes dan aduan berkenaan dengan tepung ini terpampang di dada akhbar sejak dahulu. Bagi sesetengah pihak yang tidak bertanggung-jawab dan hanya memetingkan kepentingan diri sendiri serta untuk mengaut keuntungan yang melipat ganda, mereka senang mengambil jalan mudah dan mungkin pihak mereka sendiri ada agenda tertentu.

racun dalam tepung

Adakah perkara dan isu sebegini tidak akan pernah selesai? Ini perihal sumber pemakanan dan semua orang menggunakan tepung gandung. Orang ramai berharap, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menyelesaikan isu ini dengan segera dengan efektif.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.