OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan

28 Apr 2019 · 1 min baca · 23 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak dan ia juga adalah merupakan salah satu warisan Kesultanan.

Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak dan ia juga adalah merupakan salah satu warisan Kesultanan. Istana ini juga digelar sebagai Istana Teluk Intan dan ia memainkan peranan penting dalam sejarah serta menjadi ikon untuk Teluk Intan satu ketika dahulu.

Kini, keadaan istana ini amat menyedihkan kerana ia ditinggalkan dan diamah usia, dimakan masa yang berlalu begitu sahaja. Istana Raja Muda Lama ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan, Perak. Istana Teluk Intan ini dibina pada sekitar tahun 1922 dan ia adalah merupakan Istana yang menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak. Raja Muda yang pertama bersemayam di sini ialah Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum iaitu Raja Muda Musa ketika menjadi Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Perak yang ke 31.

Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum

Istana ini akhir sekali diduduki oleh Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, kediaman rasmi untuk

DYTM Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah

telah dipindahkan ke Istana Tetamu di Ipoh.

Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan

Selepas pada itu, Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak ini ditinggalkan dan tidak digunakan lagi oleh sesiapa dan keadaannya sekarang amatlah teruk kerana tidak lagi dijaga oleh mana-mana pihak.

Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan

Jika Istana Teluk Intan ini terus dibiarkan, mungkin satu hari nanti istana ini akan dituntut semula oleh hutan belantara kerana tiada sesiapa yang ingin menjaga dan memulihara istana yang pernah berbakti memberi perlindungan hujan dan panas pada Raja Muda Perak yang disayangi ini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.