OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Disebalik Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh

13 Feb 2019 · 1 min baca · 5 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Pernah kecoh pada tahun 2014 yang lalu apabila ramai pihak menyatakan bahawa pihak pengurusan Oldtown White Coffee outlet Padang di Ipoh telah memilih gambar wajah ketua pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng di sudut mural yang dibangunkan pada dinding bangunan perniagaan mereka.

Namun apa yang berlaku sudahpun dijelaskan oleh pihak pengurusan Oldtown White Coffee outlet Padang di Ipoh dengan meletakkan gambar wajah individu yang sebenar sebagai model mural tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan sama sekali tidak mengagungkan Chin Peng iaitu ketua pengganas Parti Komunis Malaya (PKM).

Kontroversi Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh

Oleh kerana isu berkenaan menjadi kontroversi sehingga tular di laman media sosial dan mempengaruhi orang ramai, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama-sama dengan pihak pengurusan Oldtown White Coffee dalam memperjelaskan siapakah disebalik gambar mural orang tua yang dikatakan Chin Peng tersebut.

Kontroversi Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, gambar mural orang tua yang sedang memegang secawan kopi itu adalah individu yang bernama Lim Peng Swee @ Lim Peng Sooi dan berasal dari Pulau Pinang. Beliau adalah jiran kepada pelukis murah tersebut yang bernama Ernest Zacharevic dari Lithuania.

Kontroversi Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh
Kontroversi Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh

Yang sebenarnya, lukisan mural tersebut adalah inisiatif daripada pihak Oldtown White Coffee sendiri untuk menyokong program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan kos kerja melukis mural tersebut juga dibiayai sepenuhnya oleh pihak pengurusan Oldtown White Coffee.

Kontroversi Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh

Usaha pihak swasta membangunkan dan menjadikan seni mural sebagai produk pelancongan di Ipoh akan meningkatkan kehadiran pengunjung seterusnya menjana ekonomi peniaga di Bandaraya Ipoh. Pelbagai mural dihasilkan pelukis tempatan di Pekan Lama Ipoh dan Pekan baharu Ipoh (Jalan Masjid) antaranya alam semula jadi, kebudayaan, bangunan dan pelancongan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.