● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:07
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Sejarah

Dilarang Jejak Kaki Ke Sungkai Selama Tujuh Keturunan

30 Dec 2019 · 2 min baca · 318 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Tidak lengkap daerah Batang Padang tanpa kawasan bernama Sungkai yang melengkapi daerah tersebut sebagai antara salah sebuah daerah paling selatan di negeri Perak.

Kawasan Sungkai dikatakan telah wujud sejak awal tahun 1800 dan nama Sungkai ini berasal daripada nama pokok. Pokok sesungkai atau sungkai dikatakan banyak tumbuh secara meliar di kawasan sana satu ketika dahulu. Sejak dahulu, batang kepada pokok sesungkai ini digunakan untuk dijadikan tiang pondok yang ada di dalam dusun-dusun buah orang kampung dan ia juga digunakan untuk dijadikan sebagai cerucuk di tebing sungai untuk menghalang hakisan.

Dilarang Jejak Kaki Ke Sungkai Selama Tujuh Keturunan

Kewujudan kawasan Sungkai ini juga turut dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri yang berkait rapat dengan alam bunian, jin serta kerabat Raja Negeri Perak sehingga kisahnya diturunkan dari generasi ke generasi sebagai cerita rakyat. Cerita rakyat ini boleh dianggap sebagai mitos kerana tiada fakta rekod rasmi yang berasas dan ianya direkodkan disini hanya untuk pengetahuan semua terdapat cerita rakyat negeri Perak. Kisahnya cerita yang diperturunkan sejak dahulu, seorang lelaki yang berasal daripada alam bunian telah mengenakan dua syarat kepada Raja Perak kerana waktu itu Raja Perak ingat bernikah dengan salah seorang dari ahli keluarganya iaitu Puteri Buih. Salah satu daripada dua syarat yang dikenakan kepada Raja Perak adalah seperti keturunan Raja Perak selepas ini tidak boleh menjejakkan kaki ke dalam seluruh kawasan Sungkai selama tujuh keturunan. Manakala syarat yang kedua pula adalah seluruh keturunan Raja Perak tidak boleh minum air sungai yang berasal daripada kawasan Sungkai selama tujuh keturunan juga. Syarat ini dikenakan kepada Raja Perak adalah untuk sebagai simbolik dan lambang ketinggian darjat keluarga mereka di alam bunian. Maka sejak pernikahan antara Raja Perak dengan Puteri Buih, cucu cicit serta keturunan selama tujuh keturunan terpaksa akur dengan perjanjian tersebut. Jika ada mana-mana cucu cicit dan keturunan kepada Raja Perak dengan Puteri Buih yang melanggar syarat tersebut dalam masa kurang dari tujuh keturunan, maka akan berlaku bencana buruk di kawasan Sungkai. Pernah berlaku satu peristiwa satu ketika dahulu sewaktu Sultan Nazrin (Sultan Perak ke 35) menjejakkan kaki ke tanah dalam kawasan Sungkai untuk merasmikan sebuah masjid di Sungkai.

Dilarang Jejak Kaki Ke Sungkai Selama Tujuh Keturunan

Lantas secara kebetulan dengan tiba-tiba kawasan tersebut didatangi angin serta ribut. Inilah peristiwa yang sentiasa menimbulkan persepsi dan keyakinan rakyat Perak terhadap kisah mitos yang diceritakan tadi. Ramai penduduk tempatan yang menyatakan bahawa terdapat sebuah istana buih di Changkat Sulaiman satu ketika dahulu. Kononnya, di situlah kawasan Puteri Buih dibesarkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Tok Raja Tua yang berasal dari Indonesia. Semuanya mungkin berlaku secara kebetulan. Kita perlu faham bahawa cerita-cerita rakyat seperti ini sudah sinonim dengan masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu dan masih diceritakan sehingga ke hari ini sebagai kisah pengajaran dan hiburan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.