● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

05 Feb 2019 · 2 min baca · 174 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Amat menggamit memori indah apabila menulis tentang kisah nostalgia berkaitan dengan kisah lalu. Jika dahulu kisahnya, panggung wayang boleh didapati di pekan-pekan kecil walaupun keadaannya pada masa lalu tidaklah seperti hari ini yang mana tidak dilengkapi peralatan moden serta penghawa dingin berkuasa tinggi dengan kerusi sofa yang empuk.

Masihkah anda ingat dengan panggung wayang yang paling meriah di Ipoh sekitar 1980 an hingga 1990 an dahulu? Rata-rata generasi Y hari ini mungkin tidak tahu kewujudannya namun mereka yang berumur 30 tahun keatas mungkin akan tersenyum apabila terkenang kembali dengan memori indah di panggung Cathay. Jika ada yang tidak tahu, Cathay di Ipoh adalah panggung wayang yang paling meriah di Ipoh satu ketika dahulu sejak ia dibuka. Pembukaannya dikatakan amat istimewa kerana ia dibuka sama tarikh Tanah Melayu menyambut kemerdekaan iaitu pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Bangunan panggung Cathay ini dibina dengan menelan kos belanja sebanyak RM600,000. Satu ketika dahulu, Cathay adalah satu kebanggaan masyarakat di Ipoh dan pembukaannya telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (sultan Perak ke 32) dimalam tahun Baru Cina.

Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

Apa yang menariknya, logo Cathay yang kita semua dapat lihat hari ini sebenarnya adalah logo asal sejak ia dipasang. Cuma kedudukan logo tersebut sedikit berbeza dari kedudukan asal sejak ia dibuka kepada orang awam. Panggung wayang Cathay juga merupakan tempat orang-orang kenamaan datang berhibur dengan menonton filem yang ditayangkan.

Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pangung Cathay dibina sekitar tahun 1956 dan seperti yang sudah dimaklumkan diatas, ianya dibuka pada orang awam pada tarikh 31 Ogos 1957. Filem pertama yang ditayangkan sempena pembukaan Cathay adalah filem yang bertajuk The King and I (filem keluaran tahun 1956).

Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

Dahulu, terdapat pembahagian kelas untuk mereka mendapat tempat di dalam panggung wayang. Ianya terbahagi kepada tiga kelas. Kerusi di bahagian hadapan sekali adalah kelas ketiga dan bahagian pertengahan adalah kelas kedua. kerusi yang berada di bahagian paling atas adalah merupakan kelas pertama.

Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

Sejak pembukaannya, pangung ini hanya menayangkan filem berbahasa Inggeris. Sekitar tahun 1985, terdapat perubahan oleh pihak Cathay dengan menambah filem-filem bahasa Melayu, Tamil, Hindi dan Cina untuk menambah bilangan pelanggan datang menonton.

Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

Pada tahun 2007, pangung Cathay terpaksa ditutup kerana terdapat lambakan pawagam moden yang lebih selesa dan faktor pelanggan yang semakin berkurangan. Hari ini Cathay bukan lagi lokasi tumpuan orang awam untuk menonton wayang. Kini ia menjadi gedung menjual pakaian.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.