OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Batu Sempadan Mukim Kuala Kurau Dengan Bagan Serai Ditemui Semula Selepas 70 Tahun

15 Feb 2019 · 2 min baca · 36 ·Oleh 하늘
Pada 70 tahun yang lalu sebelum negara kita menyambut kemerdekaan lagi, itulah kali terakhir batu sempadan di antara dua mukim iaitu mukim Kuala Kurau dengan mukim Bagan Serai dilihat.

Semua orang tahu, fungsi batu sempadan yang diletakkan di bahagian hujung kawasan sesebuah kawasan adalah untuk menandakan bahawa itulah penghujung satu kawasan yang berada di bawah jajahannya.

Hal menandakan kawasan dengan batu sempadan telah dilakukan sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi dan masih dilakukan sehingga ke hari ini walaupun kita sudah beralih ke zaman yang moden.

Pada 70 tahun yang lalu sebelum negara kita menyambut kemerdekaan lagi, itulah kali terakhir batu sempadan di antara dua mukim iaitu mukim Kuala Kurau dengan mukim Bagan Serai dilihat.

Hal tersebut mungkin kerana batu penanda tersebut telah hilang dilanda bah besar yang melanda negeri Perak dan negara kita pada satu ketika dahulu sebelum kemerdekaan.

Batu penanda tersebut ditemui semula pada tahun 2015 oleh penduduk Kampung Parit Sungai Dungun ketika mereka sedang bergotong-royong membersihkan kawasan kuarters rumah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian yang akan dijadikan dewan.

Batu penanda untuk pemisah sempadan itu mempunyai panjang sekitar 1.4 meter dan berat melebihi 1 tan. Menurut Ketua Kampung Parit Sungai Dungun yang bernama Azhar Yaacob, batu pemisah sempadan ini ditemui berhampiran dengan kawasan parit utama Kampung Parit Sungai Dungun sewaktu kerja-kerja pembersihan kuarters JPS yang dijalankan dengan menggunakan jengkaut.

Penemuan batu pemisah sempadan antara dua mukim (Mukim Kuala Kurau dan Mukim Bagan Serai) ini adalah satu sejarah yang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini adalah kerana Kampung Parit Sungai Dungun memang diketahui sebagai kampung persempadanan antara dua mukim seperti yang dinyatakan.

Kisahnya sebelum batu pemisah sempadan antara dua mukim ini ditemui semula, pihak kerajaan bersama-sama dengan penduduk Kampung Parit Sungai Dungun terpaksa menjadikan parit utama di Kampung Parit Sungai Dungun sebagai asas penanda persempadanan diantara dua mukim iaitu Mukim Kuala Kurau dan Mukim Bagan Serai. Hal ini adalah kerana, itulah satu-satunya cara untuk menyelesaikan sebarang masalah yang boleh melibatkan hal-hal tanah penduduk.

Kebaikan batu sempadan ini ditemui adalah dapat mengenal pasti kedudukan sebenar sempadan dengan lebih tepat. Ia juga berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu mercu tanda baru untuk Kampung Parit Sungai Dungun kerana uniknya, hampir mustahil untuk menemui batu penanda sempadan yang masih wujud terutama di daerah Kerian.

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.