OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Asal Usul Dan Sejarah Nama Tanjung Rambutan

15 Apr 2020 · 1 min baca · 57 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kisahnya terdapat satu tanjung yang ada di Sungai Kinta dan terdapat sebatang pokok rambutan yang sebesar pemeluk orang dewasa di tanjung itu.

Tanjung Rambutan cukup sinonim dengan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan yang mana ia adalah salah satu hospital kesihatan mental yang cukup terkenal di Malaysia. Pernahkah anda tertanya-tanya tentang bagaimana dan dari mana datangnya nama Tanjung Rambutan? Artikel kali ini, kita akan cuba merungkaikan serba sedikit berdasarkan maklumat penceritaan lisan turun temurun. Terdapat dua versi penceritaan tentang sejarah asal Tanjung Rambutan di negeri Perak. Ada yang menyatakan bahawa Tanjung Rambutan mula wujud dalam sekitar tahun 1800. Dipercayai bahawa kawasan perumahan taman Ulu Kinta Raya yang ada sekarang di Tanjung Rambutan adalah merupakan kawasan penempatan awal yang dibuka oleh mereka yang berhijrah dari Sumatera dari keturunan Rawa.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Tanjung Rambutan

Ada versi penceritaan lain pula menceritakan tentang sekumpulan keturunan dari Mandailing yang datang dari Sumatera dan membuka kawasan penempatan di Hulu Sungai Kinta. Berbalik kepada penceritaan tentang bagaimana nama Tanjung Rambutan diberi. Kisahnya terdapat satu tanjung yang ada di Sungai Kinta dan terdapat sebatang pokok rambutan yang sebesar pemeluk orang dewasa di tanjung itu. Oleh yang demikian, kawasan tersebut diberi nama sebagai Tanjung Rambutan. Difahamkan bahawa lokasi asal pokok rambutan itu dahulu terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi Tanjung Rambutan.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Tanjung Rambutan

Sewaktu negeri Perak berada dibawah pentadbiran penjajahan British, Tanjung Rambutan mula berkembang pesat. Dalam tahun 1911, sebuah hospital sakit jiwa telah dibina berhampiran landasan keretapi. Sekadar maklumat tambahan, nama asal kepada hospital sakit jiwa yang begitu sinonim dengan Tanjung Rambutan ini adalah Federal Lunatic Asylum dan Dr. W.F. Samuel telah dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.