OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum

03 Feb 2019 · 2 min baca · 53 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Menurut orang lama yang di Kampung Belum Baru hari ini, nama Belum ini pada asalnya dikatakan adalah datang dari ilham bunyi yang dikeluarkan oleh sejenis serangga yang ada di sekitar kawasan hutan simpan Royal Belum.

Royal Belum terletak di Daerah Hulu Perak betul-betul bersempadan dengan negara Thailand. Laluan jalan utama yang ada hari ini adalah dengan menggunakan Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan negeri Perak dengan negeri Kelantan. Royal Belum terletak bersebelahan dengan Taman Negara Bang Lang, Thailand dan Hala Bala Wildlife Sanctuary, Thailand.

Kira-kira pada 200 tahun yang lalu disekitar awal abad ke 19, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam sewaktu pemerintahan Raja Reman. Beliau adalah individu yang dikenali dengan nama Wan Agas. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, penduduk di sekitar kawasan Kampung Belum Lama pada waktu itu menggelar Wan Agas dengan nama lain iaitu Tok Mekong Gas atau kadangkala mereka menggelarkannya sebagai Tok Pulang Hari. Menurut orang lama yang di Kampung Belum Baru hari ini, nama Belum ini pada asalnya dikatakan adalah datang dari ilham bunyi yang dikeluarkan oleh sejenis serangga yang ada di sekitar kawasan hutan simpan Royal Belum.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum

Serangga tersebut adalah belalang kayu ataupun serangga kayu yang dipanggil sebagai Belang Belong oleh penduduk tempatan. Belalang kayu ini mempunyai warna badan yang perang dan panjang serta kaki yang panjang. Ia benar-benar kelihatan seperti kayu apabila sekilas pandang.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum

Belalang Kayu

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, makanan belalang kayu ini adalah pucuk pokok muda dan mereka sangat aktif pada waktu malam. Apa yang menariknya, belalang kayu ini ada mengeluarkan bunyi dan bunyinya seakan-akan seperti "Belanggg.. Belonggg.." serta ia kadang-kadang kedengaran seperti bunyi "Belummm.. Belummm..". Jadi, oleh kerana bunyi belalang kayu itulah yang menyebabkan nama Belum diangkat sebagai nama kawasan tersebut. Sekadar maklumat tambahan untuk anda semua pembaca setia orangperak.com, Taman Negeri Belum telah ditubuhkan pada tahun 2000.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum

Pada tahun 2003, Belum mula dikenali dengan nama The Royal Belum dan akhirnya pada 3 Mei 2007, kawasan Royal Belum telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum kerana ianya adalah taman semulajadi dan hendak memaksimakan faedah daripadanya untuk melindungi spesies fauna dan flora terutama yang terancam.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.