OrangPerak
Home News Heritage Trail Prayer Times Weather
Upcoming --:--:--
Fajr
06:00:00
Sunrise
07:05:00
Dhuhr
13:14:00
Asr
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isha
20:27:00
Fakta

Majlis Sejarawan Negara Dilancarkan, Tonggak Baharu Martabat Sejarah Tanah Air

08 Sep 2025 · 1 min baca · 73 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Majlis Sejarawan Negara Dilancarkan, Tonggak Baharu Martabat Sejarah Tanah Air Kerajaan Madani melalui Kementerian Perpaduan Negara hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila melancarkan penubuhan Majlis Sejarawan Negara buat julung kalinya, sebuah badan berautoriti yang bakal menjadi rujukan utam

Majlis Sejarawan Negara Dilancarkan, Tonggak Baharu Martabat Sejarah Tanah Air

Kerajaan Madani melalui Kementerian Perpaduan Negara hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila melancarkan penubuhan Majlis Sejarawan Negara buat julung kalinya, sebuah badan berautoriti yang bakal menjadi rujukan utama dalam menjaga keluhuran dan integriti sejarah negara.

Majlis yang dibentuk ini dilihat sebagai platform rasmi bagi menasihati kerajaan serta menangani sebarang pertikaian yang timbul berkaitan fakta sejarah negara. Ia juga berfungsi sebagai forum penting untuk membincangkan isu serta cabaran dalam penulisan dan pendidikan sejarah.

Menurut kenyataan rasmi, antara peranan utama Majlis Sejarawan Negara adalah:

Menjana idea baharu dalam memantapkan pendidikan sejarah yang inklusif, selaras dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

i) Mencadangkan langkah pencegahan agar fakta sejarah tidak diseleweng atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

ii) Mengesyorkan pemerkasaan penggunaan sumber sejarah yang sahih, berintegriti dan berautoriti dalam setiap penulisan sejarah negara.

iii) Penubuhan majlis ini turut disambut baik oleh pelbagai pihak, termasuk para penggiat sejarah dan masyarakat umum.

Bagi Orang Perak khususnya, langkah ini dianggap signifikan dalam mengangkat martabat sejarah tanah air, sekali gus memastikan warisan bangsa terus dipelihara dan dihargai oleh generasi akan datang.

Dengan tertubuhnya Majlis Sejarawan Negara, Malaysia kini selangkah ke hadapan dalam memperkukuh jati diri kebangsaan melalui sejarah yang lebih telus, inklusif dan berwibawa.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.