Anak Bagan Datuk Dapat Tempat Ke 3 Dunia Dalam ACCA

Pencapaian terbaik pelajar dan juga anak Bagan Datuk dalam pendidikan telah mengharumkan nama negara dan juga menaikkan imej di mata dunia. Beliau bernama Fathin Nur Amirrah Binti Mohd Nor yang telah berjaya dengan keputusan cemerlang dalam ACCA.

Fathin Nur Amirrah Binti Mohd Nor telah berjaya mendapat tempat yang pertama di Malaysia dan juga secara tidak langsung telah mendapat tempat yang ketiga terbaik di dunia dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

acca winner

Apakah itu ACCA? ACCA adalah untuk Association of Chartered Certified Accountants. Untuk memudahkan memahami fungsinya, ACCA sebenarnya adalah satu kursus yang mana melayakkan graduannya menjadi seorang Akauntan Professional. Ianya bukanlah diploma, degree ataupun sijil kemahiran.

Untuk pengetahuan anda semua pembaca setia orangperak.com, ACCA diangkat setaraf dengan pemegang Master jika di United Kingdon dan di Malaysia, ianya tidak diangkat setara sama tinggi dengan pemegang Master. ACCA adalah kursus pembelajaran yang berdasarkan exam-based.

acca

Ianya 100% bergantung kepada penilaian dalam peperiksaan akhir seperti SPM dan tiada “carry marks” sepertimana kiraan GPA dan CGPA seperti diploma dan degree. Dikatakan, pemeriksa jawapan untuk peperiksaan ACCA adalah dari United Kingdom dan untuk sesetengah subjek, pembuat soalan juga dikatakan berasal dari negara tersebut.

Jumlah subjek yang perlu diambil adalah bergantung kepada kelulusan akademik untuk setiap individu. Dikatakan, peperiksaan untuk ACCA ini adalah amat susah sekali dan ramai yang telah gagal dan berhenti di separuh jalan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

WARNING:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here