5 Peristiwa Sedih Berkaitan Negeri Perak Sebelum Negara Merdeka

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung.

Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara dan gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu).

Disebalik pada perjuangan masyarakat pelbagai bangsa terutama majoritinya orang melayu dalam mempertahankan tanah melayu daripada musuh penjajah, nyata terdapat kisah-kisah sedih yang tersimpan dan tidak didendang kepada masyarakat generasi kita hari ini. Kesannya hari ini kita dapat lihat generasi hari ini tidak hargai kemerdekaan yang dikecapi dengan bersusah payah oleh nenek moyang kita dahulu.

5 Peristiwa Sedih Berkaitan Negeri Perak Sebelum Negara Merdeka

Kisah Tentera Kelahiran Taiping Dihukum Tembak Mati Oleh Jepun – Sebelum dijalankan hukuman tembak (firing squad) terhadap mereka, mereka dijadikan tawanan perang atas penyerahan kalah oleh tentera British pada 15 Feb 1942. Tentera Jepun memberi peluang kepada mereka semua di dalam tahanan dengan memberi tiga pilihan serta masa selama empat belas hari atau dua minggu untuk berfikir dan membuat keputusan. Tiga pilihan tersebut adalah menanggalkan uniform tentera dan pulang ke kampung dan menjadi orang awam biasa, atau pilihan kedua masuk berkhidmat dengan tentera Jepun, atau pilihan yang terakhir masih beruniform dan masih hendak menentang tentera Jepun. Bacaan lanjut klik sini.

5 Peristiwa Sedih Berkaitan Negeri Perak Sebelum Negara Merdeka

Kerabat Diraja Perak Yang Gugur Di Medan Perang – Kerabat diraja Perak yang ditawan pernah diberi peluang untuk dibebaskan oleh pihak Jepun namun beliau menolak tawaran tersebut apabila beliau tahu hanya beliau seorang sahaja yang diberikan peluang untuk dibebaskan dari pusat tahanan dan yang lainnya tidak sama sekali. Beliau kemudiannya berkata ianya merupakan kehendak Allah jika beliau akan dibebaskan, dan juga merupakan kehendak Allah jika beliau dan rakan-rakan seperjuangannya mati bersama. Bacaan lanjut klik sini.

5 Peristiwa Sedih Berkaitan Negeri Perak Sebelum Negara Merdeka

Cerita Penghulu Mukim Slim Village Hilang Ditawan Komunis – Disekitar tahun 1950 an, Penghulu Mukim Slim Village di Perak yang bernama Penghulu Abdul Rahman Satri telah ditawan oleh tentera komunis. Menurut cerita isteri mangsa Som Binti Ibrahim kepada keluarganya, penghulu ditawan komunis di dalam Masjid Slim Village sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat pada bulan Ramadhan. Dimana pada ketika itu, umat Islam juga sedang sibuk membuat persiapan untuk menjelang hari raya yang akan tiba 1 minggu lagi. Bacaan lanjut klik sini.

5 Peristiwa Sedih Berkaitan Negeri Perak Sebelum Negara Merdeka

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah – Beliau teruk disiksa dengan kejam oleh tentera Jepun dalam soal siasat kerana Lim Bo Seng enggan mendedahkan nama orang yang bekerja dengannya terhadap orang Jepun. Sewaktu menjadi tahanan di dalam penjara Batu Gajah, Lim Bo Seng dikatakan seringkali berkongsi makanannya dengan tahanan lain kerana tahanan penjara zaman Jepun sememangnya disiksa dengan kebuluran. Bacaan lanjut klik sini.

5 Peristiwa Sedih Berkaitan Negeri Perak Sebelum Negara Merdeka

Kisah Sybil Kathigasu Disiksa Tentera Jepun Di Papan, Perak – Sybil Kathigasu dengan suaminya ditakdirkan ditangkap dengan tentera Jepun. Mereka berdua telah diseksa untuk membocorkan maklumat Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) apabila kegiatan mereka membantu gerila anti Jepun dari segi perubatan telah terbongkar. Bacaan lanjut klik sini.

Semoga kisah-kisah yang didendangkan ini dapat dipanjangkan kepada generasi baru negara kita hari ini agar mereka hargai kemerdekaan yang dikecapi dengan bersusah payah oleh nenek moyang kita dahulu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.