Sejarah Dan Asal Usul Daerah Kerian

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana semua orang tahu bahawa daerah ini adalah bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah di daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan daerah Kerian pula bersempadan dengan daerah Larut, daerah Matang dan juga daerah Selama. Selat Melaka pula terletak di barat daerah Kerian yang bersebelahan dengan laut.

Menurut kajian Arkeologi pada tahun 1970, terdapat bukti bahawa Daerah Kerian telah didiami oleh manusia sejak lebih 2,000 tahun yang lalu. Penemuan rangka manusia di Lembah Selinsing dan penemuan tembikar serta manik-manik oleh pengkaji-pengkaji British yang kemudiannya disambung pula oleh pengkaji dari universiti tempatan telah mengesahkan bahawa wujudnya tamadun manusia yang berkembang sejajar dengan kewujudan tamadun Sungai Batu di Merbok, Sungai Petani di Kedah.

manik kerian

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal yang dikenali sebagai wakang menyusuri sungai dan laut untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut “KIRIAN” (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak.

Perkataan sebutan oleh Pegawai Residen British yang berbunyi seperti “KIRIAN” menjadi kian popular dan menjadi bahan ejekan dikalangan penduduk sekitar di kawasan tersebut. Akhirnya, sewaktu pihak pemerintah ingin mewujudkan sebuah daerah dan ingin menamakan daerah ini, jadi perkataan “KIRIAN” yang popular itu tadi telah dipilih dan diubah sedikit supaya menjadi kepada “KERIAN”. Jadi inilah asal usul namanya daerah Kerian ini.

Daerah Kerian terbahagi kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ianya terletak di bawah tujuh pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar. Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan Pekan Kuala Kurau.

Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan-kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu. Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here