● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Berita

Loghat Patani Batu Kurau Dimartabatkan Dalam Buku Keresing Kerenyeh

12 May 2017 · 1 min baca · 238 ·Oleh 하늘

"Ni amba nak haba ka muma satu ceghita. Tapi ceghita ning nana sikik lei.. Lagu ning.." Kata Tok Chei sambei dok keresing kerenyeh, senyung tersipo-sipo, senyung-senyung pak kambing. Pernah dengar loghat sebegini? Inilah loghat unik Patani yang digunakan di Batu Kurau, Lenggong, Grik, Selama, Changkat Jering di Negeri Perak. Selain itu, loghat ini juga digunakan di Pendang, Kuala Ketil, Baling di Negeri Kedah dan beberapa daerah lain.

novel keresing

Menurut Usu Azha Haji Hamzah (yang merupakan Editor buku) di Facebook beliau, buku ini menggunakan 100 peratus teks Bahasa Melayu Patani Batu Kurau. Kepada sesiapa yang tidak pernah mengenali bahasa Melayu Patani Batu Kurau, memang agak susah untuk memahami loghat ini.

Bang Wie

Tetapi penulisnya iaitu Mohamad Zamri Tajudin ataupun lebih dikenali sebagai Bang Wie, tetap berdegil untuk menulis dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang luar daripada Batu Kurau. Bang Wie berkata, beliau berbuat demikian demi cintanya terhadap bahasa Melayu Patani Batu Kurau yang telah wujud ratusan tahun dahulu dan berasal dari Pattani, Thailand.

isi buku keresing

Buku ini mengandungi antologi cerpen-cerpen kisah masyarakat di sekitar daerah Batu Kurau. Sebelum ini Bang Wie telah menulis sebuah novel bertajuk Heighok Peitok dan novel itu merupakan Novel Bahasa Melayu Patani Batu Kurau yang pertama. Novel itu telah habis dijual sehingga tiada sebuah pun di dalam simpanan editor dan penulis.

Ebby Yus

Menarik bukan? Apa kata pembaca orangperak.com dapatkan sebuah buku yang unik ini dan baca sendiri. Jom..

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.