Siapa yang tidak kenal dengan nama saintis terkenal iaitu Stephen Hawking? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Stephen Hawking pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 1994 buat kali pertama dan itulah juga kujungan beliau yang terakhir ke Malaysia.
Ahli fizik british itu melawat Malaysia dalam bulan September 1994 dan lawatan beliau ke Malaysia sudah tentu punyai nilai sejarah dan cerita yang menarik disebaliknya.
Pada waktu itu, ia adalah satu berita dan peluang emas buat warga Malaysia kerana dapat bertemu dengan seorang saintis yang paling bijak di dunia dan mempunyai minda luar biasa.
Sewaktu dalam lawatan Stephen Hawking ke Malaysia, ada satu ketika beliau menyampaikan kuliah awam yang bertajuk “Life in the Universe” di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur. Dilaporkan pada waktu itu terdapat kira-kira 3,500 orang hadir untuk mendengar perbahasan dari sorang saintis yang disegani dunia ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana pada waktu itu selaku pemimpin nombor satu negara dengan menjawat jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 4 turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Stephen Hawking dan mengalu-alukan kehadirannya ke Malaysia.
Disebalik kunjungan Stephen Hawking ke Malaysia, ramai yang tidak tahu bahawa Stephen Hawking secara senyap-senyap dan rahsia telah datang ke bandar Ipoh untuk bertemu dengan seseorang yang dianggap penting dalam hidupnya.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Stephen Hawking ke Ipoh untuk bertemu dengan seorang jururawat yang pernah menjaga beliau sewaktu beliau sakit.
Sebenarnya, sudah lama Stephen Hawking menyimpan hajat untuk berkunjung ke Malaysia. Hal ini adalah kerana beliau selalu dengar cerita tentang Malaysia daripada jururawat yang menjaga beliau. Sudah semestinya jururawat yang menjaga beliau itu adalah seorang rakyat Malaysia kelahiran Ipoh dan berketurunan cina.
Meskipun jadual perjalanan dalam kunjungan Stephen Hawking adalah rahsia dan sulit, namun menurut Nanyang Report, ada segelintir rakyat Malaysia tahu akan hal lawatan beliau ke Ipoh. Stephen Hawking juga ada dilihat berlegar-legar di sekitar jalan Ipoh dan rakyat Malaysia pantas mengenali tokoh dunia yang genius dan terkenal itu.
Seorang bekas wartawan yang menetap di Ipoh berkata, Stephen Hawking menuju ke Ipoh selepas tamat sesi kuliah awam di Kuala Lumpur. Beliau terus pergi bertemu dengan jururawat yang menjaga beliau sebelum ini yang juga merupakan seorang anak perempuan kepada pemilik bakeri terkenal di kawasan Ipoh.
Selepas mendengar berita tersebut, wartawan tersebut bergegas ke sana untuk mencari Stephen Hawking. Sudah pasti wartawan dan rakan media yang berada di sana ketika itu tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar bersama-sama dengan ahli fizik terkenal dunia ini.
Gambar wanita di dalam bulatan kuning ialah jururawat yang berasal dari keluarga Ching dan merupakan jururawat yang bertanggungjawab menjaga Stephen Hawking. Beliau adalah individu yang menyebabkan Stephen Hawking datang ke Ipoh secara rahsia.