● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Berita

Orang Besar Jajahan Kerian Meninggal Dunia

28 Jul 2025 · 1 min baca · 3,375 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Orang Besar Jajahan Kerian Meninggal Dunia

Dengan penuh rasa dukacita, kami menyampaikan berita pemergian Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera, Dato' Ahmad Raziff Bin Dato’ Seri Mohammed Zulkifli, DPMP, AMP. (Orang Besar 8) merangkap Orang Besar Jajahan Kerian, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 28 Julai 2025 di kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kerian di Parit Buntar.

Kami di Orang Perak mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, dan segala amal kebajikannya diterima di sisi Allah SWT.

Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang dihormati, penuh dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Orang Besar Jajahan Kerian. Jasanya dalam memartabatkan adat istiadat Melayu dan sumbangannya kepada negeri akan terus dikenang.

Kami mendoakan agar keluarga yang ditinggalkan tabah menghadapi ujian ini dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Al-Fatihah.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.