Home Blog Makanan Nasi Bamboo Paling Popular Di Sungkai

Nasi Bamboo Paling Popular Di Sungkai

0
Nasi Bamboo Paling Popular Di Sungkai

Mencari-cari makanan kampung yang sedap dan terbaik? Jika anda ke Sungkai, anda tidak boleh sesekali lepaskan peluang emas ini untuk cuba rasa dan makan di kedai makan nasi Bamboo!

Anda patut rasai sendiri keenakan nasi bamboo yang sentiasa penuh dengan kehadiran pelanggan setia dan pelanggan yang baru. Untuk makluman anda, lokasi kedai makan ini terletak di Sungai Klah, Sungkai. Apa yang menariknya tentang nasi bamboo ini?

Anda yang pertama kali dengar perkataan nasi bamboo sudah pasti tidak tahu bagaimana rupanya nasi bamboo bukan? Ianya bukanlah seperti lemang, cuma ianya adalah nasi yang dimasak dan dihidang terus dari dalam buluh.

nasi bamboo sungkai

Kaedah ini sememangnya sangat unik dan sukar dijumpai di mana-mana kedai-kedai makan yang ada di seluruh Malaysia. Kalau ada pun, mungkin tidak banyak. Nasi bamboo ini kebiasaannya dihidangkan pula bersama lauk pauk masakan Melayu seperti gulai kampung, ayam bakar, ikan bakar, kerabu dan tak dilupakan pelbagai jenis sate.

nasi bamboo sungkai

Antara yang menjadi pilihan termasuklah sate kambing, perut dan juga rusa. Paling menjadi perhatian dan permintaan pelanggan ialah lauk pauk berkonsepkan makanan tradisi Perak Utara termasuklah gulai kawah umbut dan juga sup tulang kambing salai.

Disebabkan keunikan yang ada berkenaan dengan nasi dihidangkan dengan buluh itu serta restoran ini sendiri diberi nama Nasi Bamboo ini, ia telah menular dengan pantas di media sosial.

nasi bamboo sungkai

  • Restoran : Nasi Bamboo Sungai Klah
  • Lokasi : Simpang Felda Sungai Klah, Sungkai
  • Waktu operasi: 10.30 pagi – 6.00 petang

nasi bamboo sungkai

Tidak hairanlah jika anda kesana nanti akan terserempak dengan pihak televisyen dan juga artis. Mereka juga tidak mahu untuk melepaskan peluang untuk cuba makan makanan yang ada di Restoran Bamboo di Sungkai ini.

Anda boleh rambang mata dan bercelaru dibuatnya dengan pilihan menu yang ada di sini. Dari segi sudut harga pula, ia amat berpatutan sesuai mengikut dengan bajet masing-masing iaitu mengikut banyak mana kuantiti makanan yang diambil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here