Napier Freemason Lodge Teluk Anson, Rumah Hantu Inggeris

Teluk Intan sejak dari tarikh perasmiannya pada tahun 1882, telah menjadi sebuah bandar pelabuhan yang penting bagi negeri Perak. Ini kerana segala hasil bijih timah dari Lembah Kinta dibawa kesini sebelum dieksport keluar negara.

Peranan bandar ini bertambah penting apabila laluan keretapi antara Tapah Road ke Teluk Anson siap pada tahun 1892 dan kemudian sambungan terus ke Ipoh dirasmikan pada 1895.

Dengan keadaan ekonomi Teluk Anson bertambah pesat, ia menjadi tempat pilihan bagi para pedagang dan pemimpin British untuk menetap dan menjalankan aktiviti mereka.

Disebabkan itu, sebuah Lodge Freemason telah dibina di Teluk Anson dan sekaligus menunjukkan betapa pentingnya bandar ini kepada Inggeris. Ini kerana hanya bandar-bandar penting sahaja yang mempunyai Lodge Freemason seperti Taiping, Ipoh dan Teluk Anson.

Napier Freemason Lodge Teluk Anson, Rumah Hantu Inggeris

Napier Lodge No. 3,418 telah diasaskan oleh Walter John Napier pada 29 November 1909. Beliau merupakan Peguam Kerajaan Negeri-Negeri Selat (Attorney General of the Straits Settlements) dari tahun 1907 sehingga 1909. W.J. Napier juga merupakan District Grand Master of the Eastern Archipelago dan menjadi penaung kepada Napier Lodge Teluk Anson.

Bangunan Napier Lodge telah dirasmikan pada 4 Mac 1910 di Teluk Anson dengan waran permohonan diluluskan oleh Grand Lodge of England. Dengan berdirinya bangunan Masonic Lodge ini membuktikan bahawa Teluk Intan merupakan sebuah bandar pelabuhan penting bagi Inggeris dan juga menunjukkan terdapatnya populasi kaum Eurasian yang agak ramai disini.

Napier Freemason Lodge Teluk Anson, Rumah Hantu Inggeris

Lodge ini merupakan lodge yang ketiga dirasmikan di negeri Perak. Lodge yang pertama dirasmikan ialah di Taiping pada tahun 1888 dan disusuli dengan Kinta Lodge di Ipoh pada tahun 1907.

Perasmian lodge di Teluk Anson ini turut dihadiri oleh tetamu-tetamu penting dari Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mr F.M. Elliot (District Grand Master) merupakan individu yang merasmikan bangunan lodge ini.

Napier Freemason Lodge Teluk Anson, Rumah Hantu Inggeris

Menurut Mendiang Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim dalam jurnal beliau yang diterbitkan oleh JMBRAS, pada masa dahulu penduduk tempatan Teluk Anson menggelar bangunan ini sebagai Rumah Hantu. Ini kerana segala aktiviti Masonic dalam bangunan ini hanya khusus kepada ahli-ahli tertentu sahaja dan dijalankan secara tertutup serta rahsia.

Napier Freemason Lodge Teluk Anson, Rumah Hantu Inggeris

Napier Lodge terus berfungsi dengan aktif sehingga meletusnya Perang Dunia Pertama kerana ahli-ahli muda dari komuniti British dipanggil untuk kembali ke Britain bagi berkhidmat dalam perang. Pada tahun 1921, Napier Lodge kembali aktif dan pada tahun 1923, batu asas bagi bangunan baru (bangunan sekarang) telah diletakkan.

Napier Freemason Lodge Teluk Anson, Rumah Hantu Inggeris

Bangunan Napier Lodge ini masih kekal utuh sehingga sekarang sebagai rumah persendirian namun dalam keadaan yang agak usang. Bangunan ini terletak di Jalan Batak Rabit (kini Jalan Maharaja Lela).

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here