● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:06
Isyak
20:15
Pelancongan

Mural Paling Panjang Di Perak Ada Di Taiping

17 Mar 2017 · 1 min baca · 133 ·Oleh 하늘

Mural yang baru sahaja siap ini bakal menjadi lokasi tarikan pelancongan di Bandar Taiping sempena Tahun Melawat Perak 2017. Mural yang mempamerkan 10 bangunan bersejarah di Bandar Taiping ini dikatakan mural terpanjang di Perak dengan ukuran 100 meter panjang dan 6.38 meter tinggi.

Lokasi dan ikon sejarah Bandar Taiping yang kesemuanya berusia lebih daripada 100 tahun telah dijadikan sumber inspirasi dalam lukisan mural ini. Ikon tersebut adalah Menara Jam, Gereja All Saint, Masjid Melayu Lama, Muzium Perak, SK King Edward VII, Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim), Bukit Larut, Stesen Keretapi Taiping dan Port Weld.

ikon sejarah

Lokasi mural ini terletak di tengah-tengah Bandar Taiping di Assam Kumbang, pada jejambat merintangi laluan keretapi bersebelahan dengan Kilang Kopi Antong.

lokasi mural

Mural ini adalah hasil daripada pelajar dan pensyarah daripada  Fakulti Seni, Pengkomputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah bertungkus lumus selama 4 hari 3 malam bermula jam 8 pagi sehingga 6 pagi berikutnya.

Mural

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang melukis pada waktu siang dan pada waktu malam. Untuk menjayakan lukisan ini, Persatuan Pelancongan Taiping dan Kilang Kopi Antong telah memberi sepenuh kerjasama dan sokongan atas usaha untuk mencantikkan lagi Bandar Taiping ini.

peserta

Kepada seluruh warga Perak, jangan lupa datang ke sini dan selfie.

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.