Maharaja Kinta Toh Chandang Bin Kulop Kinta Toh Changkat Piatu

Pada satu ketika dahulu, Daerah atau ‘Negeri’ Kinta didiami oleh kaum ‘Orang Darat’ yang merupakan Orang Asli Suku Semai dan dijembalai oleh ‘Maharaja Kinta’. Mereka menguasai kawasan darat dan laluan sungai di sekitar Daerah atau ‘Negeri’ Kinta.

Maharaja Kinta Toh Chandang bin Kulop Kinta Toh Changkat Piatu

Toh Chandang (1636-1670) merupakan anakanda kepada Kulop Kinta Toh Changkat Piatu bin Sultan Mansur Shah I (1580-1640) manakala ibundanya adalah merupakan anak kepada Tok Batin Suku Temiar yang bernama Puteri Mazwin. Beliau juga merupakan cucunda kepada Sultan Perak ke 2, Sultan Mansur Shah I ibni Sultan Muzaffar Shah I (1549-1577) manakala nendanya merupakan anak kepada Tok Batin Suku Semang.

Maharaja Kinta Toh Chandang bin Kulop Kinta Toh Changkat Piatu

Sewaktu pemerintahan Sultan Perak ke 9, Sultan Sallehuddin Riayat Shah ibni Sultan Mahmud Shah I (1630-1636), Perak telah diserang oleh wabak taun menyebabkan baginda terpaksa berhijrah ke Acheh. Semasa di Acheh, baginda dipercayai tenat kerana turut dijangkiti wabak taun. Akhirnya, baginda mangkat pada 1636 di bumi Acheh. Baginda dianggap sebagai Sultan Perak Dinasti Melaka yang terakhir dalam Sistem Pemerintahan Monarki Kesultanan Melayu Perak sebelum diteruskan oleh Sultan Perak Dinasti Siak.

Maharaja Kinta Toh Chandang bin Kulop Kinta Toh Changkat Piatu

Selepas kemangkatan Sultan Perak ke 9, Sallehuddin Riayat Shah ibni Sultan Mahmud Shah I. Toh Chandang telah dicalonkan untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 10 berikutan beliau merupakan cucunda lelaki kepada Sultan Perak ke 2, Sultan Mansur Shah I walaubagaimanapun Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Thani telah memilih sepupunya iaitu Raja Sulong sebagai Sultan Perak ke 10. Raja Sulong memegang gelaran Sultan Muzaffar Shah II. Ketika itu Perak berada di dalam penaklukan Kerajaan Aceh. Sultan Muzaffar Shah II merupakan Sultan Perak Dinasti Siak yang pertama dan berkahwin dengan cicinda kepada Sultan Perak ke 2, Sultan Mansur Shah I.

Setelah Sultan Muzaffar Shah II (1636-1653) ditabal menjadi Sultan Perak ke 10, baginda telah menganugerahkan kepada Toh Chandang gelaran ‘Maharaja Kinta’ berikutan telah membuat jasa kebaktian kepada baginda. Maharaja Kinta Toh Chandang merupakan satu-satunya pemegang gelaran ‘Maharaja Kinta’ dalam Sistem Monarki Kerajaan Negeri Perak. Anakanda kepada Maharaja Toh Chandang yang bernama Toh Tambak memegang gelaran Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja yang Pertama (1670-1710) dan jawatan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja masih wujud sehingga ke hari ini dalam Sistem Pemerintahan Monarki Kesultanan Melayu Perak .

Maharaja Kinta Toh Chandang bin Kulop Kinta Toh Changkat Piatu

Sumber rujukan:

  • “Salasilah Keturunan Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja dan Toh Senongsa Seri Nara Wangsa”, susunan Fazil Shuhaimi Talib terbitan Persatuan Keluarga Kulop Kinta (PK3).
  • “Titles and Ceremonial Traditions of the Royalty and Nobility of the State of Perak, Malaysia”, tulisan Dr. Adib Vincent Tung Abdullah terbitan Perak Academy.
  • “Laman Web Rasmi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan”, terbitan Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
  • “Particulars on the Royal Family and Chiefs in Perak”, Arkib Negara Malaysia, ANM 3003/0008160.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here