● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Tokoh

Kenali Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

20 Apr 2019 · 3 min baca · 644 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Sepertimana yang kita tahu, sistem giliran untuk Raja-raja yang ada di Perak untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan negeri Perak yang tercinta ini adalah yang paling unik dari sistem yang ada di negeri-negeri berdaulat bersultan yang lain.

Untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak, seorang raja harus melalui beberapa jawatan gelaran raja yang adil dan saksama untuk ditentukan giliran menjadi Sultan kepada negeri Perak. Artikel di orangperak.com pada kali ini ingin memperkenalkan kepada anda semua pembaca setia tentang seorang raja yang merupakan pewaris ke empat untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak. Individu tersebut tidak lain tidak bukan adalah Yang Teramat Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni

Almarhum Raja Ashman Shah

. Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah kini memegang gelaran Raja Kecil Sulung untuk negeri Perak Darul Ridzuan.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah merupakan bekas pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah kemudian meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di salah sebuah sekolah menengah yang berprestij di Malaysia iaitu Sekolah Antarabangsa Garden (GIS) yang terletak di Kuala Lumpur. Kemudian, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah meneruskan pendidikannya di Marlborough College Malaysia untuk mendapatkan A-Level. Setelah berjaya mendapatkan A-Level, Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah terus menlanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang paling tua dan paling terkenal iaitu Universiti Cambridge, London di United Kingdom.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Disini ada serba sedikit pengenalan untuk anda lebih kenal siapakah Raja Kecil Sulung negeri Perak. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah cucu kepada

Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34)

dan juga anak saudara kepada

Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35)

. Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah anak kedua dari tiga adik beradik kepada

Almarhum Raja Ashman Shah

yang merupakan adinda kepada

Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35)

. Oleh kerana Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah anak saudara kepada

Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35)

, hal ini secara tidak langsung membuatkan Raja Ahmad Nazim Shah adalah sepupu kepada

Raja Azlan Muzzaffar Shah

(Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan) dan

Raja Nazira Safya

yang kedua-duanya merupakan anakanda kepada

Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35)

.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Serba sedikit tentang perkenalan tentang adik beradik buat Raja Kecil Sulung negeri Perak untuk pembaca setia orangperak.com. Sepertimana yang sudah diberitahu, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah satu-satunya anak lelaki tunggal dan Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah punya seorang kanda dan seorang adinda perempuan. Kekanda kepada Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bernama Raja Eminah Alliyah dan adindanya pula bernama Raja Bainunisa Safia. Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni

Almarhum Raja Ashman Shah

dilahirkan pada tanggal 10 Mac 1994 dan pada tahun 2017 ini, engku mencapai umur 23 tahun. Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan dan kerabat Diraja Perak, Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah satu-satunya anak lelaki tunggal kepada

Almarhum Raja Ashman Shah

ibni

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Di sebelah keluarga bondanya Noraini Jane Kamarul Ariffin pula, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin adalah nenda yang merupakan bekas pengerusi Bank Bumiputera yang kini dikenali sebagai Commerce International Merchant Bank (CIMB). Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah punyai darah kacukan Melayu dan Inggeris melalui keturunan disebelah bondanya dan itulah sebab kenapa paras rupanya tidak nampak seperti melayu.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.