Kenali Parti Kebangsaan Perak Yang Unik

Pada satu ketika dahulu, Parti Kebangsaan Perak wujud dan gahnya menerajui memikat sokongan rakyat. Generasi sekarang sudah pasti tidak tahu akan kewujudan parti yang sudah berabad lamanya hilang dari carta persatuan parti dalam negara kita. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, ada beberapa fakta menarik yang ingin kami kongsikan kepada anda semua tentang Parti Kebangsaan Perak untuk pengetahuan masing-masing.

Untuk makluman anda semua pembaca orangperak.com yang prihatin, Parti Kebangsaan Perak adalah merupakan antara sebuah parti yang unik daripada yang lain kerana parti ini adalah bercorak kenegerian yang memberi makna ianya hanya terhad untuk rakyat di negeri Perak sahaja. Hal ini adalah kerana Parti Kebangsaan Perak hanya akan meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ada di dalam negeri Perak untuk pilihanraya.

Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz

Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz

Sepertimana dalam sejarah, Parti Kebangsaan Perak diasaskan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang ataupun nama sebenarnya Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz. Beliau adalah merupakan Menteri Besar Perak yang pertama sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1957. Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu pembesar Perak empat.

Beliau dikatakan berasal dari keturunan bangsawan Perak iaitu Pembesar Empat Perak dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England. Datuk Panglima Bukit Gantang telah melanjutkan pelajarannya di London dalam jurusan undang-undang. Sesuatu yang unik tentang politik negara kita pada waktu itu, setiap individu tidak mempunyai had untuk menyertai mana-mana parti politik yang membawa makna, sesiapa sahaja boleh menyertai dua atau lebih parti politik sekaligus dalam masa yang sama.

Pada tahun 1953, Datuk Panglima Bukit Gantang telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO Negeri Perak. Namun, pada masa yang sama Datuk Panglima Bukit Gantang telah berusaha menubuhkan sebuah parti politik yang tiada kaitan dengan UMNO. Ketika berlakunya krisis antara Dato’ Onn Jaafar dengan Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang telah memihak kepada Dato Onn Jaafar dengan menyokong parti yang diasaskan beliau iaitu Parti Kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman

Atas tindakan yang bercanggah daripada perlembagaan UMNO itu, Datuk Panglima Bukit Gantang telah dipecat daripada UMNO kerana telah menerima usul undi tidak percaya daripada majoriti perwakilan UMNO bagi seluruh negeri Perak. Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO juga telah memberi amaran keras kepada semua cawangan-cawangan UMNO di Negeri Perak supaya tidak menyokong Datuk Panglima Bukit Gantang.

Namun, Datuk Panglima Bukit Gantang tetap mendapat sokongan daripada beberapa cawangan UMNO di Negeri Perak. Dengan sokongan ini, Datuk Panglima Bukit Gantang telah mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah parti bagi memperjuangkan nasib rakyat Perak. Maka dengan itu, tertubuhlah Parti Kebangsaan Perak dan kemudiannya, Parti Kebangsaan Perak mengumumkan untuk bekerjasama dengan Parti Kemerdekaan yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.

Dato’ Onn Jaafar

Dato’ Onn Jaafar

Setelah beberapa tahun penubuhan, Parti Kebangsaan Perak akhirnya terpaksa dibubarkan atas beberapa sebab. Kebanyakan ahli-ahlinya telah kembali bersama perjuangan UMNO dan kini, parti itu tiada lagi dalam dunia politik Malaysia dan hanya tinggal sejarah dan menjadi kenangan buat selamanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here