25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Identiti Bendera, Logo, Jata Dan Lagu Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Salam satu Perak. Mesti kebanyakan daripada kita tidak tahu lagi tentang identiti Perak walaupun telah lama bermaustatin di negeri yang bertuah ini. Kami akan kongsikan serba sedikit info tentang Identiti Perak.

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Ia membawa makna:

  • Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
  • Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
  • Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini:

  • Dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
  • Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
  • Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Lagu Rasmi Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Sultan Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Mu’azzam Shah yang telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, telah memperkenalkan lagu yang diberi nama Terang Bulan sekembalinya semula baginda ke negeri Perak.

Sultan Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan. Baginda telah menulis seni kata lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” yang disesuaikan dengan irama lagu Trang Bulan dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Lagu Negaraku.

Harap perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info kepada semua.

Adioss !!

- Advertisement -
Sakirin Haji Muhamed
Sakirin Haji Muhamed
Seorang insan yang dikurniakan paras rupa "Pan Asia" untuk terus hidup di alam fana yang penuh dengan pancaroba. Namun terus membawa semangat seorang pejuang yang tidak pernah putus asa untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Setakat bertutur dan menulis dalam "Bahasa Melayu" itu adalah "makanan" bagi seorang insan yang bernama Sakirin Haji Muhamed. Tidak dilupakan juga, "You'll Never Walk Alone" tetap dihati. Adioss!!
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here