Filem Seram 913 The Returning, Kisah Selepas Feri Karam Di Sungai Kerian

Terlalu banyak cerita seram tentang Sungai Kerian yang kebanyakannya sebahagian daripada penduduk tempatan menggelarkan Sungai Kerian sebagai Lubuk Puaka yang sering dahagakan nyawa. Seolah-olah terdapat satu sumpahan yang mana pasti akan ada satu nyawa yang terkorban di Sungai Kerian setiap tahun.

Segalanya peristiwa hitam ini dikatakan bermula pada 13 September 1972 yang mana terdapat satu peristiwa yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh penduduk disekitar kedua-dua kawasan sempadan Sungai Kerian ini kerana terkenangkan peristiwa sebuah feri yang karam.

913 the returning

Kejadian feri karam tersebut telah korban nyawa seramai 27 orang termasuk 25 orang pelajar. 17 di antaranya adalah pelajar dari Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya adalah pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian. Anda boleh rujuk penceritaan tentang tragedi feri karam di Sungai Kerian.

913 the returning

Kesinambungan dari kisah ini telah difilemkan dalam cerita yang bertajuk bertajuk 913 The Returning. Segalanya bermula dengan kisah Ah Han yang merupakan seorang pekerja sebagai nahkoda di feri tersebut dan telah dituduh sebagai individu yang bertanggung jawab atas kecelakaan tersebut. Dia dipersalahkan oleh kebanyakan orang dan penduduk tempatan.

913 the returning

Walaupun selepas 12 tahun peristiwa hitam itu berlalu, Ah Han masih tidak dapat melupakan hari kejadian dengan rasa bersalah serta rasa penyesalan terhadap apa yang telah berlaku. Pada satu hari, Ah Han ditemui mati terapung di tepi sungai Kerian.

913 the returning

Anak perempuan Ah Han yang bernama Ah Mei memutuskan untuk pulang ke kampung halaman selepas kematian ayahnya. Tujuan sebenarnya adalah untuk menyelidik dan ingin lebih tahu tentang kebenaran apa yang telah berlaku pada 13 September 1972.

913 the returning

  • Bahasa: Mandarin
  • Jenis Filem: Seram
  • Durasi Waktu: 1 Jam 44 Minit
  • Pelakon: Jean Tan, Steve Yap, Remon Lim, Sherlyn Seo, Kevin Soo
  • Arahan: David Thian

Trailer 913 The Returning

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, filem 913 The Returning ini telah mula ditayangkan di pawagam sejak 21 September 2017 yang lalu dan kisahnya adalah serba sedikit berkaitan dengan kisah benar berkenaan peristiwa hitam yang berlaku pada 13 September 1972.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.