Disebalik Kemunculan Kolej Komuniti Pasir Salak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

    Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain. Inilah satu titik permulaan dan sesuai buat mereka yang juga tercicir dalam pelajaran.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Berbalik kepada tajuk artikel orangperak.com kali ini, penceritaan akan lebih fokus kepada kemunculan Kolej Komuniti Pasir Salak yang agak menarik untuk dikongsikan bersama pembaca semua. Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) mula beroperasi sejak April 2003 dan pada waktu itu, ianya tidak mempunyai premisnya sendiri.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Sejak ditubuhkan pada April 2003, Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) pada asalnya beroperasi secara menumpang di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar yang kini dikenali dengan nama Kolej Vokasional Seri Iskandar. Hari ini, Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) mempunyai premisnya yang tersendiri di Changkat Lada, Kampung Gajah.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) ada menawarkan pengajian di peringkat sijil dalam bidang Teknologi Maklumat, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Pengendalian Acara dan Servis Kenderaan Ringan serta pelbagai jenis kursus pendek yang menarik.

    Hari ini, prasarana di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) serba lengkap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk semua ahli keluarga Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Antaranya adalah fasiliti sukan yang dapat digunakan oleh para pelajar untuk melepaskan tekanan daripada tekanan kerja serta tugasan. Antara yang ada di sana adalah padang bola sepak, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar, gelanggan bola jaring, gelanggang futsal, gelanggang petanque, dewan badminton dan menara untuk aktiviti sukan lasak seperti flying fox, abseiling serta repeiling.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Apa yang menariknya lagi di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) ini juga terdapat sebuah gimnasium indoor dan outdoor. Selain itu, mereka juga punyai liputan WiFi secara percuma, makmal komputer yang serba lengkap, surau dan kafeteria. Hub untuk komuniti setempat mendapatkan pelbagai jenis kemahiran ini amat lengkap dengan pelbagai kemudahan.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Sebut saja kursus apa yang diinginkan, pastinya ada ditawarkan di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Dari pembuatan kek, penyediaan produk makanan, kursus etiket dan protokol, pengucapan awam, kepimpinan, pengkomputeran, jahitan, membaiki kenderaan, kursus kahwin, semuanya ada ditawarkan di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat KKPS sentiasa bersedia untuk membantu anda.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Kini, Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) telah dikenali dengan meluas sebagai tempat pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Rata-rata pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) kerana program pengajian yang bermutu dan diiktiraf oleh MQA serta mencatatkan kadar kebolehpasaran yang tinggi.

    Hala tuju pelajar selepas menamatkan pelajaran di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) juga adalah jelas untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik atau terus bekerja. Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) juga telah melahirkan alumni yang berdaya saing dalam bidang keusahawanan.

    Kolej Komuniti Pasir Salak

    Oleh yang demikian, tidak timbul istilah dalam kalangan orang luar yang mengatakan Kolej Komuniti Pasir Salak sebagai kolej kampung kerana berjauhan dengan bandar besar, tetapi jangkaan mereka meleset sama sekali kerana Kolej Komuniti Pasir Salak punyai segala prasarana yang serba lengkap.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.