Dimanakah Punca Sungai Perak Yang Sebenarnya?

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sepertimana yang kita tahu, Sungai Perak yang sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh menuju ke Selat Melaka. Sungai Perak juga adalah kebanggaan buat negeri Perak dan ianya adalah merupakan sungai ke 2 paling panjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

    Untuk makluman anda, nama negeri Perak juga dinamakan bersempena dengan warna Sungai Perak pada waktu dahulu yang seakan-akan warna perak. Sebenarnya amat mudah untuk kita mencari dimanakah puncanya sesebuah sungai di zamam moden ini.

    Kuncinya adalah dengan menggunakan google map. Menurut carian di google map, kita dapat lihat sungai Perak ini berakhir di Bagan Datuk. Dan anda boleh lihat secara kasar bahawa sungai Perak bermula dari taman hutan simpan kekal di Royal Belum.

    Dimanakah Punca Sungai Perak Yang Sebenarnya Dimanakah Punca Sungai Perak Yang Sebenarnya

    Apabila dilihat dengan paparan yang lebih dekat di google map untuk meneliti punca Sungai Perak, anda akan dapat lihat lubuk Y sepertimana dalam gambar di atas. Dikatakan, sungai Perak adalah berpunca dari dua mata air bukit di Royal Belum yang berbeza dan bertemu di lubuk Y dan bercantum lalu membentuk sebatang sungai yang dinamakan Sungai Perak yang sepanjang lebih kurang 400km menuju ke Hilir Perak.

    Dimanakah Punca Sungai Perak Yang Sebenarnya

    Tidakkah hal ini menarik minat anda untuk pergi melihat sendiri punca sebenar dimanakah bermulanya Sungai Perak? Lihatlah pada gambar-gambar Sungai Perak yang diberikan, melihat pada gambar-gambar yang bakal anda lihat dibawah, tidak dapat dinafikan lagi dan tidak hairanlah pada satu ketika dahulu mengapa negeri ini dinamakan sebagai nama negeri Perak. Terfikir sejenak, berapakah usianya sungai Perak di bumi Perak ini?

    lubuk Y sungai perak

    Lubuk Y

    Sungai Perak memainkan peranan yang penting dalam nadi sejarah negeri Perak. Sultan Perak yang pertama juga mendatang ke mari dari Kapar, Indonesia melalui Beting Beras Basah iaitu sebuah pekan di hilir Sungai Perak ini. Sungai Perak dikatakan wujud sejak zaman batu lagi dimana bukti menunjukkan penempatan awal di Lenggong dengan penemuan rangka manusia paling tua di Malaysia disana yang dinamakan Perakman.

    sungai perak sungai perak

    Kajian arkeologi yang dijalankan di Hulu Perak sejak 1987 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia telah mendedahkan bahawa bukti kepentingan Sungai Perak kuno kepada masyarakat prasejarah Malaysia. Kawasan ini dihuni sejak 100,000 hingga 200,000 tahun dahulu sehingga sekarang dan merupakan bukti tertua negara. Ini menunjukkan bahawa kawasan ini menjadi pilihan utama masyarakat awal dalam migrasi mereka.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.