Seorang lelaki dipercayai kurang siuman telah mengejutkan orang ramai dengan melakukan sesuatu yang pelik kerana hendak menegakkan menara condong Teluk Intan. Lelaki kurang siuman itu melakukan kekacauan dengan bertindak membuang serpihan kayu dari atas Menara Condong Teluk Intan sebelum ditahan polis petang Rabu akhir Febuari 2017 yang lalu.
Difahamkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri tindakan lelaki tersebut mendakwa bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu menegakkan semula menara jam condong yang menjadi ikon Teluk Intan itu.
Pekerja menara berkenaan terdengar bunyi bising dari bahagian atas menara dan terus meninjau keadaan. Beliau terlihat ada seorang lelaki yang sedang memecahkan siling menara dan membaling serpihannya ke bawah. Apabila ditanya kenapa dan cuba dipujuk, lelaki kurang siuman itu mula bertindak semakin agresif dengan memaki hamun dan ajak beradu tenaga.
Pekerja menara condong Teluk Intan tersebut bersama-sama beberapa yang lain bertindak menangkapnya sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis.