Kepada mereka yang ingin ikhtiar untuk merawat apa sahaja berkaitan tulang, inilah lokasi iaitu bomoh tulang yang sentiasa menjadi bualan buah mulut orang ramai. Untuk makluman anda, bomoh tulang di Batu Gajah ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai setiap hari.
Mereka yang datang ke rumah bomoh tulang ini kebanyakannya mempunyai pelbagai masalah tulang dan mereka datang dari merata lokasi tidak kira dekat ataupun jauh untuk merawat tulang mereka. Sebenarnya, sudah beberapa kali bomoh tulang Batu Gajah ini tular di media sosial berkenaan dengan keberkesanan menyelesaikan masalah berkaitan dengan tulang pesakit yang datang.
Jadi, mereka yang pernah dapatkan rawatan dengan bomoh tulang ini seringkali mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan untuk menyembuhkan apa sahaja masalah tulang dengan berkunjung ke rumah bomoh tulang yang paling popular di Perak ini untuk mendapatkan rawatan.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Bomoh Tulang Liew Ah Hin terletak di Batu Gajah ( GPS 4.4750002, 101.0407572 ) beralamat di No. 17, Taman Sayang, Behind Empat Ekor, Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak. Anda boleh rujuk nombor telefon yang tertera dibawah untuk sebarang makluman lanjut:
- 05 366 4308
- 012 501 2378
- 012 520 2378
Kebiasaannya menurut pelanggan yang pernah dapatkan rawatan dengan bomoh tulang Liew Ah Hin di Batu Gajah ini, tabib cina lagenda ini selalu akan balut bahagian anggota badan yang bermasalah dengan herba dan akan beri syarat yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh kena air dan kerap minum air bali serta pegaga.
Walaupun begitu, adalah lebih baik untuk anda dapatkan khidmat nasihat doktor yang berpengalaman dan berjumpalah dengan bomoh tulang Liew Ah Hin di Batu Gajah sekiranya permasalahan anda masih tidak selesai. Jika anda kesana, bawalah salinan xray untuk ditunjukkan kepada tabib tersebut untuk dilihatnya sebelum buat rawatan.