Sejarah Dan Asal Usul Gerik, Perak

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu meneroka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok Ad (Tok Saad).

kurenai

Tidak beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang memburu gajah di Gunung Tujuh yang berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka ada mendengar cerita dan ura-ura tentang tidak jauh dari situ ada sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman cuba menghampiri dan mencari kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

dekan besar

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan besar (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus dan kini antara spesis yang terancam) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman itu telah menamakan tempat itu sebagai Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripada Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

Banyak sebenarnya tempat menarik di Gerik antaranya adalah Pulau Banding, Tasik Temenggor, Royal Belum, gunung Kenderong dan gunung Kerunai, lapangan terbang Gerik dan lain lain. InsyAllah jika berkesempatan kami akan berkongsi dengan anda di masa akan datang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.